Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Thursday, December 17, 2009

LEVEL 4 DUNIA BISNES ONLINE



Salam semua...Level 4 merupakan lever terakhir dalam
CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER...sedar tak sedar ini merupakan cabaran penamat untuk cabaran yg selama ini aku tunggu utk tamat..hehe..so, dalam cabaran ini aku dikehendaki :-


TUGASAN
Anda dikehendaki membuat artikel mengenai
mana-mana jutawan internet seluruh dunia.
Matlamat artikel ini ialah untuk memberikan inspirasi
kepada diri sendiri dan juga pembaca.


MARKAH
Komen yang anda terima untuk artikel ini akan dikira sebagai markah.
1 Pengkomen = 1 Markah

Disini aku akan membuat artikel mengenai seorang jutawan ANAK MELAYU yang terkenal dengan "MONEY ONLINE TRADING" iaitu "FOREX" ..beliau yang bernama MOHD NASIR BIN HAJI YAACOB ..Beliau sekarang 100% menumpu pada pekerjaan "FOREX"nya selepas dia sendiri berpuas hati dengan hasil yg sangat berbaloi berbanding dengan pekerjaannya sebelum ini..

Antara kata2nya....

MOHD NASIR BIN HAJI YAACOB
Trader/Investor
Full Time FOREX & Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE)

Sahabat sekelian,

Forex sungguh hebat kuasanya (powerful) dalam menjana pendapatan yang sebelum ini tidak terfikir oleh kita. Dagangan forex dibuka 24jam sehari tanpa henti dan jumlah dagangan pula melebihi USD$2.5 trillion setiap hari- suatu jumlah yang cukup besar untuk mengkayakan semua orang termasuk anda dan saya. Jika saya dan anda mengambil RM10,000 setiap hari pun, takkan luak. Warrent Buffet juga mengakui kuasa yang ada pada forex yang beliau sifatkan sebagai senjata kekayaan terhebat di dunia.
Dengan kecanggihan internet, urusniaga forex menjadi sangat mudah. Anda hanya perlu komputer & internet saja. Dengan hanya membuat beberapa "click" sahaja, anda mampu menjana pendapatan bulanan yang jauh melebihi pendapatan tahunan anda sekarang. Buktinya, transaksi 2 hari forex saya di atas telahpun menjana RM$41,300 dan jika dicampurkan pendapatan 3 hari forex saya, telahpun mencecah RM52,000 ....sama dengan setahun gaji saya dahulu
Yang bestnya, pendapatan 2 hari seperti yang ditunjukkan di atas itu, saya diperolehi dengan hanya membuat 11 "click" (11 position) sahaja di depan laptop saya. Sungguh mudah tapi hasilnya sama seperti bekerja di pejabat selama setahun. WOW!!! Inilah kuasa yang ada pada forex. Work smart,not hard.

KLIK DI BANNER UNTUK MENGETAHUI KISAH DAN RAHSIANYA DENGAN LEBIH LANJUT

*aku sendiri dan beberapa kawan lain mmg dah cuba "PENANGAN FOREX" ni..memang terdiam ktorang dengan beberapa trade untuk transaksi mini je bleh dapat RM 300- 900 sehari senang2...aku x tipu..lgpown ak konsgi benda ni sbb x habis duit dlm forex ni mcm MOHD NASIR juga berkata...Dia berkongsi rahsia ini untuk menolong orang..anggaran aku td bermain secara safety bak kata org..kalau labur tinggi lebih dari pada 2 pon bleh dapat...Insyallah =)

Monday, December 14, 2009

BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA


Salam semua...Sedar tak sedar dah masuk LEVEL 3 CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER...Alhamdulillah dan Syukur atas kerjasama yg setia melawat blog aku ni tak kire dari mane pelusuk kedatangannya sentiasa di sambut dengan baik...Sekarang dah bermula cabaran yang ke-3..COME SUPPORT ME!! :D thanx sgt2 kt korang smua.

Apa yang menarik mengenai blog aku?
Blog aku ni memang 100% aku yang update dan buat sendiri dari awal sampai la sekarang...Alhamdulillah Segala penat lelah aku dalam usaha nak buat blog sendiri berhasil jgak tanpa bimbingan siapa²....Aku yakin aku boleh buat... :D
1. Istimewa dalam blog aku ni adalah perkongsian cerita dan pertanyaan dari aspek "kehidupan". Semua orang lalui proses ini yakni dalam kehidupan seharian pasti ada benda atau pertanyaan yang kadang² kita bertanya pada diri sendiri tapi masih tidak dapat jawapan yang memuaskan diri..Sebab tu, dalam blog ni Segala pertanyaan dan perkongsian cerita sentiasa dibuka bersama supaya masing² dapat cerita atau pengalaman dari cerita atau dari kisah orang lain...

2. Aku selitkan sedikit tentang isu terkini yang berkait rapat dengan agama dan memasukkan doa² dan selawat teratas pilihan yang baik untuk dikongsi sesama ahli dan saudara se-islam yg lain.

3. Ruangan Chatting aku sentiasa riuh dengan rakan² yang mengunjung sambil bertanyakan sesuatu dan kadang² ada yang mahu bertanyaan soalan yang agak "personal" sebab itu aku ada ruangan chat untuk Yahoo Messenger.

4. Surat Khabar Online tuu! hahaha...Sekarang korang dapat jimat duit dari membeli surat khabar diluar kerana dengan hanya 1 klik, korang semua bleh melayari senarai akhbar utama dari blog aku :D

5. Di bahagian top left terdapat SPECIAL AWARD dari aku untuk semua pelawat istimewa yang sangat aku berterima kasih atas kesudian melawat blog aku ni..sebagai balasan korang semua boleh "grab" Award 2 ke halaman blog masing2.. =)


Kenapakah aku menyusun kedudukan blog seperti sekarang?
Disebabkan blog aku ni agak meriah dengan flash animasi dan post yang penuh dengan gambar, aku susun dengan keadaan yang boleh membuatkan para pengunjung aku mudah untuk mencari sebarang post atau pilihan yang tepat dalam ruangan blog aku.. tak nak aku serabutkan kepala para pengunjung² aku semua..Aku sentiasa mengemas blog ini mengikut kesesuaian para pengunjung dan komen2 yang bernas dari pengunjung aku turut ikut dengan sebaik mungkin :) .Dengan semua susunan yang elok dan tepat ni boleh menaikkan minat pengunjung blog aku untuk stay lebih lama dan dapat membaca post² yang terbaru dengan mudah :D


Apakah konsep blog aku?
Konsep blog aku adalah berkonsepkan "kelembutan" dan informasi yang menarik..apa yang kelembutannya? haha... dalam blog aku ni seperti yang korang tgk korang da nampak yang aku memang menggunakan warna background yang agak redup mata memandang.."soft colour"..sesuai dengan post² yang aku ingin sampaikan seperti bab² agama, isu kehidupan dan perjalan kehidupan aku sendiri sebagai hamba yang lemah ini...konsep kelembutan ini memang sesuai bagi seseorang yang dalam keadaan yang agak marah atau sedih untuk melawat blog aku ini..agar terbuka sedikit hati diorang ini tentang kehidupan seharian..ape sebab dan asbab yang terjadi...*melalut da aku ni :P


Adakah aku inginkan Trafik?
Memang aku inginkan trafik yang tinggi dan baik...Supaya sentiasa ramai dengan pengunjung dan ahli² yang baru dapat bersama² kongsi ilmu² yang baik didalam blog aku ni...Dapat meramaikan saudara, kawan, ilmu serta perkongsian yang bernas :D


Apakah perancangan blog aku masa depan?
Aku nak pastikan blog aku ini sentiasa ade pengunjung setiap hari dan kalau boleh makin naik hari demi hari..So dalam masa yang sama segala ilmu yang aku ada boleh dikongsi bersama didalam blog..dapat jgak aku tolong org..Nak pastikan blog aku ni nampak lebih interaktif dan inovatif selaras dengan cos yang aku amik sekarang sebagai designer :P selagi apa yang aku boleh sumbangkan untuk semua Insyallah aku akan cuba :D


Adakah blog aku berat dan bagaimana aku nak atasinya?
Memang tak dinafikan blog aku agak berat disebabkan gadjet dan flash² yang terdapat didalam blog kesayangan aku ni..haha..tapi kadang² aku akan meletakkan diri aku sebagai orang luar yang melawat blog aku ni sebagai cara untuk aku sendiri comment tentang prestasi dan cara aku susun blog...kadang² jgak member² aku pown tolong skali kot2 klu ade orang lain masuk memakan masa yang lama untuk "loading" ..Tp Alhamdulillah kebanyakan pengunjung yang aku tanya semua mengatakan blog ak OK! terbaik...banyak informasi yang menarik untuk dikongsi =) thanx la korang smua...kalau ada sebarang kritakan boleh la di perbetulkan untuk kebaikan masa yang akan datang.

Cabaran ini dibawa oleh :-

Friday, December 11, 2009

TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER



Laporan ringkas perjalanan anda pada level 1

Laporan? Hadiah punye pasal buat je laporan :P ...x kusangka ade gak laporan..hehehe... Buat masa ni Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik atas sokongan sahabat² blogger yang x jemu2 mengomen & datang melawat ke blog aku ni..Perjalanan yang sangat menarik dan agak mencabar walaupown agak senang * tak buat lagi nampak senang ar :P
Aku sangat² berterima kasih kepada semua para blogger dan pelawat istimewa yang sudi datang melawat blog aku yang x seberapa ni..diharapkan dengan sokongan anda dapat saya buat yang terbaik dlm "CABARAN LEVEL MASTER KAMIBLOGGER" yang seterusnya...Thanx again to All my special Visitor..korang layak grab "TAMAWAD" di bahagian post blog ini :D



Teknik-teknik anda menarik Trafik pada level 1

Antara teknik² yang aku pakai dalam Trafik pada level 1 adalah :- *jeng jeng jenggg!

#Habis semua kawan² punye blog ak postkan untuk melawat blog aku. * hampir semua member kepada member kepada member kepada member aku postkan untuk melawat page aku ni :D hahaha * keje ni mmg agak letih tapi berbaloi²
#Sentiasa reply 'a.s.a.p' kepada para pengunjung di blog aku untuk memastikan aku sebagai tuan punye blog sentiasa bercontact dan menjawab segala soalan atau cerita untuk dikongsi
#mesra alam kepada para pelawat..hehe
#Award yang berharga kepada semua para pelawat istimewa aku. *ada di bahagian post
#Bukak facebook, then tukar status utk diorang semua masuk ke URL blog aku..
#Tukar status Friendster
#Tukar Status Myspace
#Tukat status yahoo messenger
#Tukar status MSN
#Tukar status Skype
#Setiap kali cabaran aku ada banner sendiri.. * kate budak designer..kene ar tunjuk skit bakat :P
#Post blog sentiasa di update untuk menarik Para pengungjung blog aku stay lebih lama dan kerap datang melawat....
#Pelawat istimewa aku boleh mendaftarkan nama untuk "TOP 15 SPECIAL VISITOR"
#Letakkan lagu supaya setiap kali blogger² lain bukak banyak page pasti dia akan bukak page yang ada lagu dulu untuk memastikan sape ownernya?.. sekali da tgk page aku mesti dia ada benda nak tengok² pape yang menarik dalam blog.. * cara nak tarik pelawat :D
#Semua Pelawat aku boleh grab post² baru aku untuk dikongsi bersama * benda baik tak salah untuk dikongsi bersama.
#Sentiasa memperbaiki template blog untuk kelihatan lebih menarik & menonjol berbanding blog lain.
#Tambahkan gadjet2 yang sesuai dlm blog aku supaya interface blog nampak kelihatan sangat menarik dan banyak fakta untuk dibaca dan dikongsi. *cth : waktu solat , senarai online surat khabar , iklan2...* buat sendiri :D
#Aku memang sanggup tak cukup tido sebab layan blog ni demi peminat yang setia dan untuk CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER! rock! :D

Cabaran ini dibawa oleh :-


Wednesday, December 9, 2009

LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER


~Assalamualaikum~

Hari ni bermulanya satu cabaran dari http://www.fcucommunity.net
Cabaran yang di beri nama "MASTER KAMI BLOGGER!"
Aku pown heran macam mane ntah boleh terjoin benda ni..hehe..mungkin banner diorang nmpk 'attract' kot...pape pown ak cuba je la yg terbaek utk cabaran ni...
Kepada Follower Blog aku ni diharapkan beri 150% support utk aku ye...byk btol 2 kadar peratus support 2 :D

CONTEST LEVEL MASTER KAMIBLOGGER !
10 DISEMBER 2009 -
20 DISEMBER 2009


Level 1
(10 - 12 Disember)

Ntah macam mane la agaknya level 1 punye contest ni...macam maen game plak! hahaha...ak pulak da lame x masuk dlm contest2 mcm ni...lagi2 aku ni pown newbie je dlm arena BLOG ni...
semua tugasan akan diberitahu sehari sebelum

TUGASAN

Tuliskan satu artikel kreatif mengenai
"CABARAN MASTER KAMIBLOGGER"


BENTUK ARTIKEL

1. Tajuk artikel anda ialah "LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER"
2. Panjang artikel anda terserah kepada anda.
3. Pastikan di dalam artikel anda mempunyai LINK ke FCUCOMMUNITY.
4. Pastikan artikel anda mempunyai ruangan komen di bawah.
5. Pastikan anda mengajak pembaca komen artikel anda.

MARKAH

Markah akan dikira berdasarkan jumlah pembaca yang
komen artikel anda. 1 pengkomen = 1 markah.
Maka, anda berusahalah mengajak orang komen artikel
anda. Dengan syarat, pengkomen mestilah mempunyai blog.

Markah akan dikira pada 12 disember 2009 jam 12.00 malam
*sebelum smpai masa ni la korang² sebagai special follower comment habis2an..mcm berperang la dlm ruangan comment bwh ni nnt :P hehehehe...



CABARAN MASTER KAMIBLOGGER.
Tugasannya memang buat aku termuntah²..hahahaha
Tapi papepown,
admin ada bagi klu tentang tugasan seterusnya :-




1. MENULIS DAN KOMEN
atau bahasa bloggingnye,
BLOG,POST AND COMMENT
peserta diberi tugasan dan disiapkan dalam masa yg ditetapkan.
blogger lain perlu komen dan setiap komen dikira markah.

Sebagai contoh aku da buat post baru tentang CABARANG MASTER KAMIBLOGGER!
So, Sekarang Korang yang sangat² baik hati akan memberi COMMENT di bwh post ni...lagi banyak lagi bagus! hahahaha...bukan slalu pown kan :P




2. KREATIVITI BLOG
Tugasan yang ke-2 ni pulak menggunakan kreativiti aku sebagai blogger..Kene la update BLOG, Organiz BLOG , Tarik ramai org masuk BLOG, dan Invite blogger lain2 utk komen semua tugasan yang diberikan...Remember, COMMENT only by people who HAVE BLOG ACCOUNT




3. MENJANA DUIT ONLINE
tugasan ni memerlukan peserta utk promosikan 1 produk utk
jadikan produk tu terbaik dan meyakinkan pembeli.
disamping itu, blogger juga boleh mendapat wang sampingan.
Bab ni ak memang lemah skit...tp kalau korang yg rajin datang ke blog ak tekan segala iklan Insyallah ad gak harapan nak jana DUIT! :P

Banyak Manfaat Kepada semua blogger yg join
"CABARAN MASTER KAMIBLOGGER"

APA YANG AKU PERLU LAKUKAN?

1. Aku akan diberikan tugasan-tugasan yang menarik.
2. Setiap tugasan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan.
3. Setiap tugasan yang dibuat akan dinilai oleh PUBLIC. * ehem2...korang yg tgh baca ni la yg akan menilai blog aku..hehe...ape lagi..komen2 la...ajak sanak sodare smua komen :D
4. PUBLIC akan menentukan POINT untuk setiap tugasan. * aku merayu kepada semua follower berikan la point banyak2 pada aku..hahahaha

Hadiah yang disediakan untuk PEMENANG UTAMA

1. LEVEL MASTER di dalam KAMIBLOGGER!
2. Banner esklusif rekaan DESIGNER FCU.
3. 1 set PRODUK ESKLUSIF FCUMIRACLE bernilai RM46.
4. Kupon RM50 (Boleh digunakan di kedai-kedai ONLINE sahaja)
5. Pengiklanan selama 1 BULAN di FCUCOMMUNITY bernilai RM30
6. FCUWIDGET esklusif mengikut kesesuaian BLOG.
Hadiahnya memang yang terbaek dari ladang habak hang! :D

Hadiah untuk tempat ke 2 dan ke 3


1. Pengiklanan selama 1 BULAN di FCUCOMMUNITY bernilai RM30
2. Satu set PRODUK ESKLUSIF FCUMIRACLE bernilai RM46


Terima Kasih Atas kesudian anda Pelawat & Follower setia saya yang x berhenti² berkunjung ke laman blog ni...

p/s : COMMENT TAU! hehehe.... :D THANX ALOT..



http://www.fcucommunity.net

Kes Hartina Kamarudin

Perit jerih seorang ayah sayangkan anak perempuan nya…………

Baca lah hingga akhir jika anda seorang ISLAM.

Kes Hartina Kamarudin yang murtadMESTI BACA!!

Assalamualaikum. ......... ...kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.

Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.

Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur . Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur .

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India .

Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.

Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.

Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jay a. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.

Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jay a.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jay a untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa.
Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.

Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang.
Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.

Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.

Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.

Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.

Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.

Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.

Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran.
Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.

Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.

Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama.
Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?

Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.

Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .

Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.

Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

P/S : PLEASE FORWARD TO ALL YOUR MUSLIM FRIENDS!!!

....Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah....Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH....

Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner