Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Saturday, December 25, 2010

Terkenang...

Berlinangan air mata ini mengenangkan dikau wahai SAHABAT.. dengan tiba2 air mata ini mengalir membasahi pipi pabila melihat video dikau sebagai SAHABAT GURUku.. Semoga Dipermudahkan segalanya di sana...

Monday, December 20, 2010

Buat SAHABATku Dunia Akhirat


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu

Kasih ibu bawa ka SYURGA

...Kepada yang masih ada ibu......


ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya

untuk shopping bersamanya kerana dia

menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya

sebenarnya tidak suka pergi membeli belah

bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah

orang yang sabar, tetapi walaupun demikian

kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang

menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya

mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan

mengembalikan semuanya. Seiring hari yang

berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas

riak2 kecewa di wajah ibu.


Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi,

ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk

kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu

saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu

mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah

mencuba untuk mengenakannya. Ternyata

tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh

penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat

melakukannya, seketika ketidaksabaran saya

digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam

kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba

menyembunyikan air mata yang keluar tanpa

saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan

lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk

membantu ibu mengenakan pakaiannya.


Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.

Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian

tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari

ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya

tetap saja kembali pada saat berada di dalam

fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu

saya yang sedang berusaha mengenakan

pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan

kasih, yang pernah menyuapi, memandikan

saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk

saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,

sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya

dengan cara yang paling berbekas dalam hati

saya. Kemudian pada malam harinya saya

pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,

lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,

saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua

tangan tersebut adalah tangan yang paling

indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa

Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan

sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya

kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari

kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki

keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki

banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang

begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat

menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother


"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN,

AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA"

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.

Dan lakukanlah yang terbaik untuknya........

Friday, December 17, 2010

Ape Faedahnya??


Saya GAY, Saya OK!??

Pertama kali melihat video ni memang tak di nafikan rasa kesian timbul dari hati ni kerana ada org yg mengatakan x salah utk menjadi GAY lebih2 lagi anak melayu...

Dari pandangan sy berdasarkan video ni menampakkan "misunderstanding" tentang kata2 dari salah satu novel oleh Shahnon Ahmad iaitu ayat yg berbunyi "kenali DIRI kenali SEGALA".. kalau diikutkan sebenarnya kata2 tersebut ada kait mengait tentang AGAMA tetapi disebabkan orang2 yg lemah dalam tafsiran yg begitu seni maka terjadilah tafsiran2 yg sangat bercanggah dan lari dari maksud sebenar oleh Si Pentafsir tersebut....

Disebabkan tafsiran yg sangat lari dari maksud sbnr maka segala huraian dan tujuan hidupnya pun bercanggah dari jalan yg sebenar.. Seperti dalam Mukjizat terbesar Rasulullah (Al-Quran) telah menyebut :-

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahka kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas". Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A'ara



Apa la bezanya BERANI untuk perkara yg dah terang SALAH di sisi AGAMA.. Berpegang pada benda yg sangat LARI dari JALAN yg BENAR.

"Ada mata tapi seperti org buta"
"Ada telinga tapi seperti org pekak"
"Ada mulut tapi seperti org bisu"

Semoga beliau dibukakan HATInya dan ditunjukkan jalan KEBENARAN dalam AGAMA ISLAM yg Suci ini.




Sunday, December 12, 2010

Selamat Tinggal SAHABAT

>Hari Terakhir.......


Tanggal 23 November 2011 merupakan hari yg x kan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.... Hari yg tak sangka aku terpaksa menerima berita yg memang x dapat dielakkan oleh setiap insan....
Pada pagi selasa yg tak berapa redup dan panas tersebut bermulalah hari yg tidak kusangkakan hari terakhir bersama arwah Mazlan Sadini atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wak Mazlan..
Pada sekitar 11 pg aku dan salah seorang sahabat aku pergi ke rumah arwah utk membawa beliau berubat di sekitar Shah alam.. Kesakitan yg dialaminya hampir 5 tahun tersebut memang amat berat dan perit utk dilalui oleh seseorang.. Tidak pernah mengeluh sesekali pun pada aku dan sahabat lain tentang kesakitan yg dialami kerana memahami segalanya dugaan datang dariNYA.

Setelah tibanya ke tempat perubatan tersebut utk ikhtiar kami semoga beliau cepat sembuh dan kembali seperti kesihatan sedia kala..memang aku sangat² rapat dengan beliau semasa hidupnya dan menanggapnya seperti BAPA dan SAHABAT ku sendiri kerana dia byk mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.. menunjukkan jalan yg selama ini aku cari.. Terlalu rapat sehinggakan aku seperti sebahagian keluarganya sendiri.. Hanya mampu terduduk di kerusi roda beliau tanpa ada kudrat utk berdiri dan x bertenaga..beliau mengajak aku masuk ke tempat perubatan utk melihat sendiri bagai mana cara mereka berubat.. semasa berubat tiba2 mata yg berlinangan dgn ari mata tersebut mengalirkan air mata hingga jatuh keatas baju beliau.. itulah kali pertama aku melihat SAHABATmengalirkan air mata...Betapa hati ku ini merasakan kesakitan yg dialami memang sangat sakit utk ditahan lagi...

Pulangnya dari berubat terus beliau mengajak kami utk makan... maka kami makan di satu kedai sambil berborak panjang seperti hari biasa bila kami lepak minum bersama..semasa beliau berborak terlihat aku tangannya mengigil seperti org "seram sejuk"...hurmm.. ku x pikir bukan² dan hanya meng"ingnore"kan sahaja apa² yg terlintas di dalam kepala ni... semasa rancak berborak tiba2 beliau berpeluh dgn agak byk di bahagian atas sedikit pada dada lbih kurang area lehernya... ku sambut tisu yg beliau pegang utk mengelapkan lehernya... hati ku mula berfikir benda yg x ingin aku fikirkan...hummm....semasa di dalam kereta terlihat beliau agak susah menarik nafas seolah2 org tgh sesak nafas..aku bertanyakan padanya samada sakit dada? tapi beliau hanya berkata letih sgt hari ni..x sakit dada.."balik nanti mesti aku flat~" (tido mcm org yg terlalu letih)..memang beliau x tido dari subuh pada hari itu..

Akhirnya tiba masa utk kami menghantarkan beliau kembali ke rumah dalam sekitar 3 ptg... tapi di minta oleh beliau utk singgah di kedai mamak utk membeli makanan utk anak2 beliau.. Akhirnya tiba juga di rumah beliau dalam sekitar 3.30 ptg... seperti biasa sebelum pulang kami berborak2 sebentar.. sebelum aku pulang aku bersalam dengan beliau dan tergerak hati ini utk peluk dgn beliau sambil membisikkan di telinga harapan ku dan doaku... Kami terus pulang kerumah..

Sekitar jam 4.30 ptg aku dapat panggilan dari Isteri beliau yg bertanyakan bagaimana dengan berubat pg td..aku menjawab shj yg belum buat rawatan betul2 lagi sebab minggu depan baru buat rawatan yg sbnr..Isterinya kata Wak tak menyahut2 n kejut2kan pun x terjaga... terus aku teringat kata2 wak yg beliau kata balik tadi dia kata mmg letih sgt..nak tido... Isterinya membalas yg bibir wak dah pucat2 dan bertanyakan berapa no ambulans... aku dah terasa x sedap hati masa tersebut..terus aku dan sahabat2 lain pergi ke rumah beliau...semasa perjalanan dalam hati ini mmg terasa mcm2 yg susah nak di describe...

hampir jam 5.15 ptg kami tiba di depan rumahnya, hati ini seolah2 hancur apabila melihat beberapa org jirannya berdiri di depan pintu beliau...ada yg memakai kupiah dan ada yg sudah menangis2 di luar rumahnya... sedang kami yg tgh berborak semasa perjalan ke rumah beliau terus terkaku membisu bila melalui lorong rumahnya...hurm.....

Terus ku melangkah masuk ke dalam rumahnya dan kulihat sekujur tubuh terbaring sambil ditutupi oleh kain.....mulutku kaku melihat SAHABAT ku sudah pergi meninggalkan ku... luluh hati ini melihat keadaan ketika tu... terus aku dan kawan2 lain menyampai berita yg sangat berat utk disampaikan kepada rakan2 dan sahabat2 lain... ada yg hampir x percaya dgn berita tersebut dan ada yg berkata kami hanya membuat jenaka...hurmmm....

Akhirnya sedikit demi sedikit kawan2 dan sahabat2 arwah datang utk menziarahi utk kali terakhir masa hayatnya di atas muka bumi ini....

Tergeraknya aku atas izinNYA untuk lebih kerap berjumpa dan menemani beliau dalam seminggu terakhir merupakan detik² terakhir bersama beliau dan keizinan utk ditunjukkan tanda2 terakhir hayat hidupnya... Rezeki ku dapat berdamping dgn beliau sebelum beliau pergi"....
Selamat Tinggal SAHABAT...tidak ada apa yg dapat ku bantu hanya dengan air mata doa buatmu yg berada di sana~ Semoga engkau cucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al-Fatihah..

Saturday, December 11, 2010

Semua berblogger da? haha

Sedar x sedar lama btol da aku ni x update blog ni atas sebab2 x dapat di elakkan... lpas bermacam2 dugaan yg terpaksa ditempuhi baru la dapat aku duduk dpn pc ni dan menaip sdikit coretan2 dari kisah aku utk dikongsi... nantikan antara kisah2nya pd posting yg akan datang :D

p/s : gile la kawan2 aku dah cebur dr utk berbloging :D ..mane bleh kalah..hahaha
Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner