Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Wednesday, June 24, 2009

TaG jeRr...

Akhirnya diri ak ni di tag lg..haihhh...cik effa ni la swoh..mentang2 bowing dok umah cari mangsa je ..hehe


1. apa perasan sekarang

Fikir skrg nak beli moto baru..hehe..nak beli helmet baru...
then lemau2 ckit nak masuk UiTM blk nie..huhuhuhu..

2. saya nak makan
sy nak makan pengat pisangggg....sdap btol..hehe
then lg2 dapat makan makanan yg org blanje.. :P

3. saya x suka
Kedekut gile (kedekut x bertempat) n tunjuk
pandai padahal x tau lgsg pape pown..haha

4. impian saya
Nak Life yg sentiasa dia bawah naungan keberkatan
dan di redhai sentiasa...
Hidup Matiku Hanya UntukNYA

5. haiwan yg saya tidak suka
Binatang yg klu tgk crita alien2 plek nie yg rupa mcm cacing
besar2 then ada gigi tajam2 tu terkam muka org...EiiIiyeekKk..geli seyhhh
*Budak AD mmg imaginasi plek ckit..binatang yg x wujud gak la yg dcrita dlm nie..
hahahaha

6. saya harapkan
Habis cepat2 my diploma di kedah nieee....penat la
tmpt blaja jauh2 sgt nie...nak blk rumah trus sengkek! heh

7. jika boleh diputarkan masa

kalo boleh x nak diputarkan masa :)

8. saya pada 10 thn akan datang
dat tyme i'm 31 years.. maybe great dad.. haha..
wondering..how do i look erh??? *ayat ni effa mesti mcm knal..hakhak
Insyallah klu umur yg pjg jd mcm nie la kot...

9. hp saya adalah
First nokia phone yg ad color
2nd N-gage QD
3rd Motorola L7
4th Motorola V3x
5th HTC touch
*Beli samping2 lain 3 model oldskool nokia..
So sekarang ad dlm 4 nset je yg tinggal..hehh
first nokia 2 je yg bukan bli sndri...yg lain semua my own money :D


10. saya pernah bercinta sebanyak

Sebanyakk~~~
x byk sgt pown :P sbb x pandai bercinta kott..hehehe

11. saya suka pada
Org yg apabila sy sekali tgk wajahnya dpt menenangkan hati sy...
suke pd haiwan comel2....benda2 yg susah nak dijumpai..

12. kawan2 saya
Semua gile! hahaha..
akibat selalu join dorg ak pown same2 gile :P
asek gelak je...ader je 8TVT yg bernas akan kami lakukan..hehe

13. pernah dikhianati

of coz la ader...
tp ap bleh buat...hati manusia berbeza2
walaupown rambut sama warna.. :D

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
Ketok kepala dia laju2 then lari...hahahah..x de la..
x kan la nk buat mcm 2..just klu bleh F2F (face 2 face) ngan die la...
setel baik2..klu dia naik tgn dulu alamatnya patah la tgn yg die naik dulu 2..ngehh3

15. senaraikan 8 orang untuk di tag
x cukop 8 mmbe pown dlm nie..huhu..cian btol...
Tp sape2 yg dah bace tag nie sila2 la jwb plak ye. :P

Monday, June 22, 2009

Special Award =)

Thanx alot flora....
Dapat gak friendship award dr flora...hehehe
Baru Nak Start Kumpul award nie...
Nnt tgu turn sy lak bg award ye...hehehe..thanx ya :D

Monday, June 8, 2009

Pangkor! Tunggu kedatangan kami! hehe :D



Akhirnya selepas sebulat suara team kami JDC* (nama panggilan pe ntah nie..hehe) mencadangkan utk konvoi ke Pangkor...hehe..Aktiviti biasa bg kami konvoi setiap tahun hmpir 2 kali...X sabar lak rasanya nak g konvoi beramai2 naik RXZ...tp malangnya moto ksygan aku lak dah hilang...wawawawa~~ moto baru pakai sebulan dah hilang dikebas pencurik mane ntah yg untung gile tu...dah la moto ak tu semua barang ori...moto pon dgn minyak full masa tu, minyak 2T penuh baru je isi & baru je basuh moto ksygan aku tu lastday sblm hilang...haihhhh~~

Tp dah x de rezeki aku...Ini ujian tuhan kpd ak utk menguji ak..Tp ak redha atas pemergiaannya *(kehilangan moto ak.. =P) ..So, nak x nak ak terpaksa la naik kereta sendiri pergi pangkor..ak sorg je bwk kereta sbb nak bwk brg2 utk BBQ mlmnya di pangkor nnt..hehe..nak tumpang mmbe semuanya nak single rider..so x pe la..next time ak beli moto lain blk baru g konvoi ke terengganu..insyallah klu jadi...

Minggu depan ak nak pg da pangkor..mcm2 preparation la nak buat..asek lepak buat mesyuarat je utk konvoi ni coz yg pg konvoi ni dalam 30 org termasuk mmbe2 kami yg lain lg..So, kene prepare btul2... semua kwn2 satu geng dr sekolah lg...Persahabatan kami Alhamdulillah kekal smpi skrg :D

20 , 21 hb kami akan tiba di sana...TUNGGU KAMI YE PANGKOR!! hahahaha
* kat tempat keje ktorg ni asek kire gaji n kire bape hari lg la nak g pangkor nie..hehe..
kehangatannya semakin terasa~~ :P





Gambar masa konvoi di ATeluk Kemang Awal Tahun Ni~


Berehat sebentar masa baru smpi teluk kemang :D


Sebahagian GENG yg x abis2 gelak dari smpi laut smpi blk la..hehehe :D



Readyy....1,2.....



Hehehe..ni la jdnya bile keje x de..


Budak² ni plak byk habiskan di pasir pantai *main teng2..hahahaha

hampir 2 jam gak la ktorang main bende ni je..kah3


Hopefully segala yg dirancang utk konvoi kali ni berjalan lancar dgn izinNYA..Insyallah ;)

Saturday, June 6, 2009

Renungkanlah....

LELAKI
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.

kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

-wanita damsyiq
(dipetik dari syabab musafir kasih,fatimah syarha mohd. noordin)

Syabab Musafir Kasih


Assalamualaikum WBT.

Saya ingin menulis sedikit tentang Syabab Musafir Kasih. Jika Tautan Hati hanya mampu saya copy dan pastekan sinopsisnya, untuk Syabab Musafir Kasih, saya tidak bertemu dengan sinopsisnya di web Telagabiru, dan sinopsis-sinopsis yang saya temui di web-web lain tidak memuaskan hati saya.

Kerana novel ini sejiwa dengan saya, maka saya rasa tak salah saya memberi sedikit komen dan menceritakan secara ringkas jalan ceritanya.

Syabab seorang anak yatim, yang kematian bapanya. Dia tinggal bersama ibunya dan juga abang dan kakaknya yang bermasalah. Abang da kakaknya adalah golongan yang bermasalah di dalam kampung itu. Lantaran hal tersebut, ibu mereka sering dicaci oeh orang kampung. Syabab pula dengan kenakalannya.

Disebalik cacian orang kampung, masih ada insan yang bersimpati dengan Syabab, iaitu Nur Mumtazah. Beliau seorang pelajar universiti tempatan yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Syria. Beliau banyak mengajar adab-adab kepada Syabab, mendidik Syabab.

Nur Mumtazah mempunyai dua orang adik iaitu Imtiyaz dan Nur Najihah. Imtiyaz rapat dengan Syabab, manakala akaknya, Najihah sebagaimana orang kampung yang lain, membenci Syabab.

Kisah ini menarik dengan watak Syabab yang sangat menyayangi Nur Mumtazah. Sekiranya Syabab terlalu nakal, maka Nur Mumtazah akan mengugut dengan menyatakan "Nanti akak balik U". Dan Syabab apabila mendengar kata-kata itu nescaya dia akan menghentikan perbuatan nakal itu.

Nur Mumtazah melanjutkan pelajaran ke Syria, bagai satu halilintar bukan sahaja buat Syabab, bahkan buat Mumtazah. Linangan air mata mengiringi pemergian Mumtazah. Si ibu hairan, apakah anak perempuannya itu menangis kerana mahu berpisah dengan ibunya atau kerana tak sampai hati meninggalkan Syabab keseorangan. Air mata itu buat Syabab. Syabab merayu Mumtazah jangan pergi dan berjanji tidak akan nakal lagi.

Pemergian Mumtazah, ditangisi Syabab. Dia bercampul dengan budak-budak nakal yang sebelum ini selalu membulinya. Dia mengenali rokok, gam walaupun dia tidak sampai menghisap gam itu. Walaupun begitu, orang kampung memberikan kepercayaan kepada Syabab untuk mengembala lembu-lembu mereka.

Kepulangan Mumtazah, bersama suaminya Ustaz Mursyid, menemukan mereka dengan Syabab yang berbeza. Syabab yang telah berkerjaya sebagai pengembala lembu orang kampung. Mereka cuba memujuk Syabab untuk sambung belajar. Kedegilan Syabab luntur jua di tangan mereka.

Di sebalik semua itu, Syabab seorang yang pintar dalam subjek Bahasa Arab dan Agama.

Syabab tidak mengambil SPM, dia lari ke bandar, bertemu seorang budak Cina yang meminati bidang aminasi. Dia mendapat pula kerja sebagai model.

Akhirnya Syabab kembali ke kampung, menjadi seorang dai’e yang teguh dengan pendiriannya. Dan apa kesudahannya?

Tiada cerita tanpa cinta Adam dan Hawa. Sudah pasti dalam novel ini disentuh jua. Syabab menyambung belajar di bumi Syria. Bumi yang sama dihuni oleh Najihah dan Imtiaz. Najihah masih memandang rendah Syabab. Dia tidak tahu Syabablah pemuda yang disayangi ulama Syiria Shaikh al-Habnakah. Syabab pernah menentang seorang polis yang menangkap Shaikh al-Habnakah di dalam masjid. Ketika itu, Shaikh sedang membacakan kitab al-Iqna’ dalam bab jihad. Tanpa disedari, Syabab jua sebenarnya sedang bertalaqqi membaca al-Quran bersama salah seorang saudara Shaikh al-Habnakah.

Konflik demi konflik muncul di dalam novel ini. Bagaimana dengan Ustaz Mursyid yang dulunya kental dengan jiwa dakwah kepada penduduk kampung, akhirnya luntur dan tenggelam dengan kehidupan dunia, sedangkan Mumtazah merindui suaminya yang dahulu, dai’e kepada penduduk kampung.

Konflik bagaimana Syabab cuba menangani kakaknya yang menjalin hubungan dengan bekas teman Syabab yang juga seorang samseng dan sekarang ditambah dengan mat rempit. Akhirnya ada nyawa yang terkorban dalam misi suci Syabab membebaskan akaknya dari dunia remit. Nyawa siapakah yang terkorban?

Pengakhiran cerita, bagaimana Najihah meminati Syabab, dan Syabab meminati pula Mumtazah yang sudah kematian suami, menjadi balu dengan beberapa orang anak. Syabab memilih Mumtazah berbanding Najihah yang masih dara dan cantik. Cinta Syabab teruji.

Sebelum bernikah, Syabab di saji dengan dua pilihan yang lain, Najihah dan jua cucu Shaikh al-Habnakah. Syabab memilih Mumtazah jua.

Tapi pernikahan tidak terhenti disitu. Shaikh al-Habnakah masih mengharapkan Syabab. Mumtazah rela berkorban, diam-diam, dia sudah berutus emel dengan cucu Shaikh. Apa pula pendirian Syabab?

Wallahu’alam.

Tuesday, June 2, 2009


Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

*Besar Sungguh kelebihan bacaan Bismillah.....Semoga kt semua dpt sama2 mengamalkan bacaan ini setiap apa jua perkara yg kt ingin lakukan..sesungguhnya tidak akan berganjak atau terjadinya sesuatu itu melainkan semua atas keizinanNYA...

Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner