Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Sunday, December 12, 2010

Selamat Tinggal SAHABAT

>Hari Terakhir.......


Tanggal 23 November 2011 merupakan hari yg x kan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.... Hari yg tak sangka aku terpaksa menerima berita yg memang x dapat dielakkan oleh setiap insan....
Pada pagi selasa yg tak berapa redup dan panas tersebut bermulalah hari yg tidak kusangkakan hari terakhir bersama arwah Mazlan Sadini atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wak Mazlan..
Pada sekitar 11 pg aku dan salah seorang sahabat aku pergi ke rumah arwah utk membawa beliau berubat di sekitar Shah alam.. Kesakitan yg dialaminya hampir 5 tahun tersebut memang amat berat dan perit utk dilalui oleh seseorang.. Tidak pernah mengeluh sesekali pun pada aku dan sahabat lain tentang kesakitan yg dialami kerana memahami segalanya dugaan datang dariNYA.

Setelah tibanya ke tempat perubatan tersebut utk ikhtiar kami semoga beliau cepat sembuh dan kembali seperti kesihatan sedia kala..memang aku sangat² rapat dengan beliau semasa hidupnya dan menanggapnya seperti BAPA dan SAHABAT ku sendiri kerana dia byk mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.. menunjukkan jalan yg selama ini aku cari.. Terlalu rapat sehinggakan aku seperti sebahagian keluarganya sendiri.. Hanya mampu terduduk di kerusi roda beliau tanpa ada kudrat utk berdiri dan x bertenaga..beliau mengajak aku masuk ke tempat perubatan utk melihat sendiri bagai mana cara mereka berubat.. semasa berubat tiba2 mata yg berlinangan dgn ari mata tersebut mengalirkan air mata hingga jatuh keatas baju beliau.. itulah kali pertama aku melihat SAHABATmengalirkan air mata...Betapa hati ku ini merasakan kesakitan yg dialami memang sangat sakit utk ditahan lagi...

Pulangnya dari berubat terus beliau mengajak kami utk makan... maka kami makan di satu kedai sambil berborak panjang seperti hari biasa bila kami lepak minum bersama..semasa beliau berborak terlihat aku tangannya mengigil seperti org "seram sejuk"...hurmm.. ku x pikir bukan² dan hanya meng"ingnore"kan sahaja apa² yg terlintas di dalam kepala ni... semasa rancak berborak tiba2 beliau berpeluh dgn agak byk di bahagian atas sedikit pada dada lbih kurang area lehernya... ku sambut tisu yg beliau pegang utk mengelapkan lehernya... hati ku mula berfikir benda yg x ingin aku fikirkan...hummm....semasa di dalam kereta terlihat beliau agak susah menarik nafas seolah2 org tgh sesak nafas..aku bertanyakan padanya samada sakit dada? tapi beliau hanya berkata letih sgt hari ni..x sakit dada.."balik nanti mesti aku flat~" (tido mcm org yg terlalu letih)..memang beliau x tido dari subuh pada hari itu..

Akhirnya tiba masa utk kami menghantarkan beliau kembali ke rumah dalam sekitar 3 ptg... tapi di minta oleh beliau utk singgah di kedai mamak utk membeli makanan utk anak2 beliau.. Akhirnya tiba juga di rumah beliau dalam sekitar 3.30 ptg... seperti biasa sebelum pulang kami berborak2 sebentar.. sebelum aku pulang aku bersalam dengan beliau dan tergerak hati ini utk peluk dgn beliau sambil membisikkan di telinga harapan ku dan doaku... Kami terus pulang kerumah..

Sekitar jam 4.30 ptg aku dapat panggilan dari Isteri beliau yg bertanyakan bagaimana dengan berubat pg td..aku menjawab shj yg belum buat rawatan betul2 lagi sebab minggu depan baru buat rawatan yg sbnr..Isterinya kata Wak tak menyahut2 n kejut2kan pun x terjaga... terus aku teringat kata2 wak yg beliau kata balik tadi dia kata mmg letih sgt..nak tido... Isterinya membalas yg bibir wak dah pucat2 dan bertanyakan berapa no ambulans... aku dah terasa x sedap hati masa tersebut..terus aku dan sahabat2 lain pergi ke rumah beliau...semasa perjalanan dalam hati ini mmg terasa mcm2 yg susah nak di describe...

hampir jam 5.15 ptg kami tiba di depan rumahnya, hati ini seolah2 hancur apabila melihat beberapa org jirannya berdiri di depan pintu beliau...ada yg memakai kupiah dan ada yg sudah menangis2 di luar rumahnya... sedang kami yg tgh berborak semasa perjalan ke rumah beliau terus terkaku membisu bila melalui lorong rumahnya...hurm.....

Terus ku melangkah masuk ke dalam rumahnya dan kulihat sekujur tubuh terbaring sambil ditutupi oleh kain.....mulutku kaku melihat SAHABAT ku sudah pergi meninggalkan ku... luluh hati ini melihat keadaan ketika tu... terus aku dan kawan2 lain menyampai berita yg sangat berat utk disampaikan kepada rakan2 dan sahabat2 lain... ada yg hampir x percaya dgn berita tersebut dan ada yg berkata kami hanya membuat jenaka...hurmmm....

Akhirnya sedikit demi sedikit kawan2 dan sahabat2 arwah datang utk menziarahi utk kali terakhir masa hayatnya di atas muka bumi ini....

Tergeraknya aku atas izinNYA untuk lebih kerap berjumpa dan menemani beliau dalam seminggu terakhir merupakan detik² terakhir bersama beliau dan keizinan utk ditunjukkan tanda2 terakhir hayat hidupnya... Rezeki ku dapat berdamping dgn beliau sebelum beliau pergi"....
Selamat Tinggal SAHABAT...tidak ada apa yg dapat ku bantu hanya dengan air mata doa buatmu yg berada di sana~ Semoga engkau cucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al-Fatihah..

2 comments:

Anonymous said...

amin....

bybiehun said...

amin... semoga ditempatkan bersama org beriman..

Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner