Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Monday, December 7, 2009

Pengertian Doa


JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN.


Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.


Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. ( Ayat 27 : Surah Ibrahim )

Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. ( Ayat 116 : Surah al-Baqarah )

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. ( Ayat 23 : Surah al-Anbiyaa’ )


Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata, “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya!” Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya.

Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.( Ayat 14 : Surah al-Mulk )

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 18 : Surah at-Taghaabun )

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( Ayat 106 : Surah al-Baqarah )


Allah s.w.t Maha Halus (Maha Terperinci/Detail), Maha Mengerti dan Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Allah s.w.t yang bersifat demikian menentukan buat diri-Nya yang apa sahaja yang Dia mansuhkan digantikannya dengan yang lebih baik atau yang sama baik. Dia boleh berbuat demikian kerana Dia tidak bersekutu dengan sesiapa pun dan Dia Maha Berkuasa.
Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatinya disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa yang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan berlawanan dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang permintaan yang lain. Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t menerima kedatangan semua doa dari satu orang manusia itu. Manusia yang dikuasai oleh kalbu jiwanya berbalik-balik dan keinginan serta hajatnya tidak menetap. Tuhan yang menguasai segala perkara tidak berubah-ubah. Manusia yang telah meminta satu kebaikan boleh meminta pula sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya tidak berubah kehendak-Nya. Dia telah menetapkan buat Diri-Nya:

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah! Ia telah menetapkan atas diri-Nya memberi rahmat.” (Ayat 12 : Surah al-An’aam )

Orang yang beriman selalu mendoakan:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah )

Hamba yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t diterima doa di atas dan doa tersebut menjadi induk kepada segala doa-doanya. Doa yang telah diterima oleh Allah s.w.t menapis doa-doa yang lain. Jika kemudiannya si hamba meminta sesuatu yang mendatangkan kebaikan hanya kepada penghidupan dunia sahaja, tidak untuk akhirat dan tidak menyelamatkannya dari api neraka, maka doa induk itu menahan doa yang datang kemudian. Hamba itu dipelihara daripada didatangi oleh sesuatu yang menggerakkannya ke arah yang ditunjukkan oleh doa induk itu. Jika permintaannya sesuai dengan doa induk itu dia dipermudahkan mendapat apa yang dimintanya itu.

Oleh sebab itu doa adalah penyerahan kepada Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Menghadaplah kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya serta ucapkan, “Wahai Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat tergopoh gapah, lemah dan jahil. Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak mengetahui kesannya bagiku, sedangkan Engkau Maha Mengetahui. Sekiranya hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku dan melindungiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang baik bagiku menerimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan akhiratku dan mendorongku ke neraka, maka jauhkan ia daripadaku dan cabutkanlah keinginanku terhadapnya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri Dengan Sendiri”.


Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. { Ayat 68 : Surah al-Qasas }


sumber alhakiki.tripod.com/index.html

~Assalamualaikum~

Salam kpd semua blogger & pelawat² blog ini..Sy ucapkan ribuan terima kasih ats kesudian anda semua menjenguk atau mengintai sekali pun page saya ni..hehe...
Di sini ada sedikit yang ingin kongsikan..Adakah anda semua setuju jika saya masuk dlm pertandingan "Cabaran Level Master Kami Blogger"? Jika "ya" sila la komen dan klik pada banner yang terdapat di bawah. Jika "tak" sila komen juga yang anda tidak bersetuju dan sebabnya..Insyallah segala komen dari anda semua sy jadikan pemangkin untuk jadikan blog saya ini lebih baik dari yang sebelumnya...Jika ada sebarang idea bolehlah dikongsi di ruangan "chat"

Saya sangat berterima kasih atas kesudian anda semua melawat blog saya dan VOTE FOR ME YA! thanx to all (^_^)v

Sunday, December 6, 2009

Rahsia Gerak Laku

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.


2.Berpeluk tubuh ketika bercakap

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.


3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.


4.Mata dan dahi berkerut-kerut

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.


5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.


6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.


7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.


8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang

Dia bersikap negatif kapada kita. Dia kemungkinan berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.


9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.


10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas

Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Friday, December 4, 2009

Kelebihan Selawat

Kelebihan Selawar

Selalu kita dengar – di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.


30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani



Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah. Wallahu a’lam.

*Ayat Selawat Syifa' &
Mp3 Selawat Syifa' boleh di lihat di sebelah kiri blog..Semoga sama² kita amalkan selawat dan tidak kering bibir kita dari berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w...Insyallah

Thursday, December 3, 2009

Fakta Pelik

  • Jika seluruh peredaran darah dalam manusia digabungkan, maka keluasannya melebihi 2 keliling bumi.
  • Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur, sehingga melebar kembali.
  • Orang buta juga bermimpi, namun mimpinya berupa suara, rabaan, maupun getaran.
  • Ketika orang-orang zaman purba kala sakit kepala, mereka mengubatinya dengan membuat lubang di bahagian kepala yang terasa sakit.
  • Bahawa nama vanila itu diambil dari kata vagina, kerana bentuk vanila seperti vagina.
  • Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  • Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  • Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  • Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
  • Ikan lumba-lumba melompat dari dalam air untuk menjimatkan tenagai? Bergerak di udara memang lebih mudah daripada bergerak di dalam air.
  • Kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress?
  • Ular memerlukan waktu 50 jam untuk mencerna seekor katak?"
  • Kos membuat film Titanic adalah AS$200 juta, sementara biaya pembuatan kapal itu sendiri sekarang adalah sekitar AS$123 juta.
  • Sebatang jagung rata-rata mempunyai enam belas baris dengan 800 butir jagung.
  • Setiap harinya seekor bayi paus kelabu meminum susu yang sama dengan 2,000 botol?"
  • Pada masa kehamilan rata-rata kandungan seorang ibu mengembang hingga 500 kali ukurannya yang normal.
  • Pada tahun 1900 kopi seringkali dihantarkan dari pintu ke pintu di Amerika Syarikat, dengan kereta kuda.
  • Sebelum terkenal sebagai bintang film, Brad Pitt pernah bekerja sebagai pegawai di restoran El Pollo Loco dengan tugas mengenakan kostum ayam.
  • Di Alaska orang dilarang membangunkan beruang yang sedang tidur dengan maksud mengambil fotonya, sementara menembak beruang adalah dibolehkan.
Macam² benda pelik lagi memelikkan di dalam dunia ni... =)

Wednesday, December 2, 2009

Kelebihan

Kelebihan

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

*Besar Sungguh kelebihan bacaan Bismillah.....Semoga kt semua dpt sama2 mengamalkan bacaan ini setiap apa jua perkara yg kt ingin lakukan..sesungguhnya tidak akan berganjak atau terjadinya sesuatu itu melainkan semua atas keizinanNYA...

Taqwa

Taqwa


Selama ini ada di antara kita yang memahami taqwa itu sebagai takut. Sedangkan taqwa itu bukan bererti takut kepada Allah. Jadi bilamana khatib membaca khutbah Jumaat, seringkali juga khatib itu melaungkan Ittaqullah, kemudian diterjemahkan sebagai Takutlah kamu kepada Allah. Kalaulah istilah takut itu mahu digunakan, maka eloklah disebut khaufullah. Sebab itu makna sebenarnya takutlah kepada Allah. Takut kepada Allah itu hanyalah satu sifat daripada berbagai-berbagai sifat taqwa. Ia adalah sebiji buah taqwa daripada himpunan buah-buah taqwa yang beratus banyaknya. Oleh itu tidaklah tepat ditafsirkan taqwa itu sebagai takut.

Apa pengertian sebenar taqwa?

Merujuk kepada bahasa Arab, taqwa itu berasal dari perkataan waqa. Atau lebih tepat lagi ia adalah dari rangkaian kalimah waqa-yaqi-wiqoyah. Waqa ini terjemahannya adalah memelihara. Jadi bila dikatakan ittaqullah itu bererti hendaklah kamu ambil Allah itu sebagai pemelihara. Atau dapatkanlah pemeliharaan dari Allah.

Dalam makna yang sama, hendaklah kamu jadikan Allah sebagai benteng. Jadikan Allah sebagai pelindung atau pendinding kamu. Bila Allah sudah jadi pemelihara, atau Allah sudah jadi benteng, maka benda luar yang jahat tidak akan dapat masuk atau menembusi kamu. Kamu seolah-olah sudah dipakaikan baju besi oleh Allah sehingga tidak lut kejahatan menembusi kamu.Timbul pula persoalan bagaimana menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pendinding? Itulah dia merujuk kepada Iman, Islam dan Ihsan.


Iman itu apa?

Lebih khusus kita pergi beriman kepada Allah. Dalam ertikata lain, kita kena benar-benar mengenali Tuhan sehingga kita dapat meyakini dan memahami Tuhan itu sendiri. Jadi, bila kita hendak menjadikan Allah sebagai pemelihara, wajiblah kita mengenali Allah itu dahulu. Rasulullah pun mengenalkan Tuhan dahulu kepada pengikutnya dan ia memakan masa selama 13 tahun. Kemudian daripada itu, seolah-olah Tuhan kata tak cukup dengan itu sahaja. Kamu perlu mengamalkan syariatKu. Itulah dia Islam.

Syariat Islam berbagai-bagai. Jadi Tuhan perintahkan amalkan syariatNya yang ada didalamnya perintah suruh dan perintah larang. Jadi, hendak menjadikan Allah sebagai pemelihara, kena ambil syariat Allah dan amalkan. Buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarangNya. Belum cukup dengan itu, Tuhan arahkan Ihsan pula. Sesudah membuat syariatNya, tidak cukup dengan itu, Tuhan mahukan rohnya pula. Tuhan mahu lihat yang dalamnya. Itulah pentingnya ihsan iaitu kita membuat syariat dengan rasa kita melihat Tuhan, dan sudah pasti itu tidak dapat kita lakukan, maka kita mestilah merasai bahawa Tuhan sentiasa melihat kita.

Bukan setakat melihat luaran kita tetapi dalam kita juga. Ihsan inilah yang dikatakan sebagai rasa bertuhan. Bila sudah dapat ihsan barulah lengkap pakej menjadikan Allah sebagai pemelihara. Tuhan tidak sekadar memberi arahan supaya bertaqwa kepadaNya, tetapi Tuhan bagi satu pakej berupa panduan dan amalan cara mana hamba-hambaNya dapat bertaqwa kepadaNya. Itulah dia Iman, Islam dan Ihsan. Dengan pakej ini, maka barulah dapat hamba-hambaNya menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pendinding.


Bilamana hamba-hambaNya dapat melakukan sedemikian, sampai satu tahap, Allah akan membuat perisytiharan, seolah-olah Tuhan berkata begini: “Orang-orang ini sudah menjadi orang-orang Aku, maka layaklah mereka mendapat pembelaan dari Aku.” Maka, orang-orang yang mengusahkan taqwa sehingga bertaqwa, di waktu itu, mereka akan mendapat pemeliharaan dan pertolongan Tuhan. Ini telah dijanjikan Tuhan dalam Al-Quran. Banyak ayat-ayat menerangkannya dan di antaranya adalah:


“Dan Allah akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa” (Al-Jasiyah:19)


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dipermudahkan urusannya” (At-Thalaq:3)


“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan ajar (beri ilmu) kamu” (Al-Baqarah :282)


Begitulah serba ringkas pengertian taqwa, moga-moga kita mendapat ilmu. Sekian.


Wallahualam.

Monday, November 16, 2009

My Diploma Show

Alhamdulillah...Akhirnya berakhir gak ari yg ak tunggu2 selama di kedah....abis gak DIPLOMA ak ni..hehe..sedar x sedar da 3 tahun ak kt sane...skjp btol masa berlalu...Happy ak dgn diploma show ak yg diadakan dkt Village Mall Sg.Petani 12hb 11 ari 2...N sory sgt2 la ye da lame btol ak x update blog...sgt2 la bz ak kat sane 2 lg2 da final year.. Ni la antara project2 yg ak buat utk sem ni...papepown Thanx to all my lecturer n my frendz...All the best :D
IDE IS THE BEST (^_^)


Diploma Show





Diploma Show3d Render utk Speed boat aku..Inspired by ARAI

Rx SpeedyDigital Camera Influence by ALBERTO MEDA (Designer)

Diploma Show kt Village Mall Sg.Petani (Rx-Speedy)

Diploma Show kt Village Mall Sg.Petani (Digital Camera)

Rx SpeedySpeed BoatRX-SPEEDY inspired by ARAI



My Diploma Show


tamdesign
industrial & product design
0126435803

Thursday, July 23, 2009

50 fakta aneh?

50 Fakta teraneh di dunia:

  1. Queue adalah satu-satunya kata dalam bahasa Inggris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.
  2. Kumbang tu rasanya seperti apel, tawon seperti pine nuts (sejenis kacang), kalo cacing seperti daging babi goreng.
  3. Dari seluruh kata dalam bahasa Inggris, kata ’set’ punya definisi paling banyak.
  4. “French Kiss” kalo di Perancis namanya “English Kiss”
  5. “Almost” adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggris yang disusun mengikuti urutan Alfabet.
  6. “Rhythm” adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggris yang tidak ada huruf vokalnya
  7. Tahun 1386, seekor babi dihukum gantung di depan publik di Perancis gara2 membunuh anak kecil
  8. Kecoa bisa hidup selama beberapa minggu tanpa kepala
  9. Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding semen.
  10. Kita tidak bisa bunuh diri dengan cara menahan napas.
  11. Di setiap benua pasti ada kota bernama “Rome”.
  12. Jantung berdetak lebih dari 100.000 kali per hari.
  13. Horatio Nelson, salah seorang Admiral (jenderal Angkatan Laut) legendaris di Inggris seumur hidupnya tidak pernah menemukan cara untuk menyembuhkan mabuk laut yang dideritanya.
  14. Kerangka Jeremy Bentham selalu hadir di setiap pertemuan penting di University of London
  15. Orang bertangan kanan rata2 hidup 9 tahun lebih lama dari yang kidal
  16. Tulang iga kita bergerak sekitar 5 juta kali setahn, tiap kita bernapas!!
  17. Gajah satu-satunya mamalia yang tidak bisa lompat
  18. Seperempat tulang di tubuh kita ada di kaki
  19. Sidik lidah tiap orang berbeda!
  20. Transfusi darah pertama dilakukan tahun 1667, ketika Jean-Baptiste mentransfusikan darah sebanyak 2 pint (kira2 1 liter) dari domba ke orang..
  21. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki
  22. Debu di rumah paling banyak terbentuk dari sel kulit mati
  23. Diperkirakan taun 2080 penduduk dunia bakal mencapai angka 15 miliar
  24. Cewek mengedipkan mata 2 kali lebih banyak dari cowok
  25. Adolf Hitler adalah seorang vegetarian dan cuman punya satu testis!
  26. Madu adalah satu-satunya makanan yang tidak bisa basi.
  27. Bulan yang dimulai dengan hari Minggu selalu punya “Friday the 13th.”
  28. Coca-Cola kalau tidak pakai pewarna warnanya jadi hijau.
  29. Rata-rata jantung landak berdetak 300 kali per menit
  30. Lebih banyak orang terbunuh tiap tahun karena disengat lebah daripada digigit ular.
  31. Sebatang isi pensil (pensil kayu) bisa dipake menulis sepanjang 35 mil atau menulis 50.000 kata
  32. Alergi terhadap makanan/minuman yang paling banyak diderita orang adalah alergi terhadap susu sapi.
  33. Onta punya 3 kelopak mata untuk melindungi matanya dari pasir gurun.
  34. Posisi mata keledai memungkinkan keledai melihat keempat kakinya setiap saat.
  35. 6 Bahasa resmi PBB: Inggris, Perancis, Arab, Mandarin, Rusia dan Spanyol.
  36. Bumi atau “Earth” adalah satu-satunya planet di tata surya yang tidak menggunakan nama dewa
  37. Sendawa atau bersin di gereja di Nebraska, USA, adalah melanggar hukum
  38. Kita dilahirkan dengan 300 tulang, tapi ketika dewasa tinggal 206.
  39. Beberapa cacing akan makan dirinya sendiri kalau kelaperan dan tidak menemukan makanan.
  40. Lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka
  41. Tidak mungkin bersin dengan mata terbuka
  42. Potongan permen karet di dunia tertua umurnya 9.000 tahun
  43. Rekor penerbangan terlama seekor ayam adalah 13 detik
  44. Queen Elizabeth I menyatakan bahwa dia adalah teladan kebersihan. Dia mandi 1 kali tiap 3 bulan, tidak peduli dia butuh atau tidak.
  45. Bekicot (Slug) punya 4 hidung
  46. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang bisa melihat warna biru
  47. Charles Osborne mengalami cegukan selama 69 tahun!
  48. Jerapah bisa mengorek kuping sendiri dengan lidahnya yang panjangnya 21 inchi
  49. Rata-rata tiap orang ketawa 10 kali sehari
  50. Mata burung Onta lebih besar dari otaknya
Pelik2 la fakta nie..haha

My NeW StuFf :P

Helmet Arai
RXZ Black-Oren :D

Alhamdulillah...keluar gak motor yg ak inginkan yg pernah dulu hilang...hehe..ade hikmahnya dulu hilang mungkin sbb nak keluar motor baru blk kot :P Hope motor baru nie Insyallah dpt dijaga dgn baik :D ....*dpt konvoi ngan mmbe² semua blk..hehe



Arai RAM-3 SZ Snell

Dapat gak ak pakai Helmet Arai akhirnya...Antara helmet2 idaman ak la ni..hehe..Kalo ade rezeki nnt bleh la try² pakai helmet lain plak :D ..*baru best konvoi n jln2 pakai helmet nie..hehehe

Saturday, July 4, 2009

PanGkoR! :D


Alhamdulillah, Akhirnya berjaya gak ktorang konvoi ke Pangkor...Mcm preparation ktorang buat b4 konvoi...sampai ak keje pown asek kire countdown je nak ke pangkor 2 ..hahahaha..tiba saat yg dinanti2kan...hari jumaat tgh mlm kami berkumpul sebelum bergerak ke tempat yg di tuju2.. :D


Masing2 berkumpul kat stesyen pam Esso...Get prepare nak gerak je :D


Makan dulu....Lepak jup sambil isi perut sblm gerak jauh2..hehe..bleh tahan gak ktorang ni mkn :P
RXZ
Bocor tanpa sedar...tau2 lepas da berhenti isi minyak utk kali ke-2 dah bocor..selamat bocor time da berhenti..yayak toure tgh dok repair la..ktorang tgk je..hahaha...abg2 tengok je adik2 buat :D


Akhirnya smpi gak kat jeti sebelum naik feri ke pangkor...masing2 dah letih da..haha

Parking pown sederet je..karang ilang 1 susah..hehe



Dok tunggu feri smpi mcm nie..letih gile..3 motor muat 1 feri je..nak tgu feri seterusnya tgu 40 minit..wawawawa...dr awal pg last2 tgh hari baru dapat naik...smpi dah mencekik KFC da ckit kt sini..hehehe


Feri yg terakhir tibe...feri ak la 2 ngan mmbe2 lain...masing2 lemau da tunggu kami kt pulau..*padan muke korang...aku pown letih gak..hehehe


Tempat chalet kami yg sgt ok bg kami...satu kepala RM10..murah giler...tmpt dah la ok..best...dok btol2 tepi pantai..WIRELESS ada kot kt sini...hahaha


Masing2 dok marinate...bagus la diorang nie..semua buat keje..senang btol kalau selalu konvoi mcm nie.. =)

Haihhh..Rupe Bangla da mmbe ak sorg nie...nama di MAEL..nak berkenalan ngan dia pown bleyh...hehe..tengah sapu margerine kt jagung sblm bakar...sdap btol :P


baru tengok dah tau da mcm mane kesedapannya :P ...sedap habis...hahaha


Penat btol asek ak je dok dpn tempat BBQ nie..skrg turn korang lak..hehe..Tgk aman 2 yg pki baju muller...dia pegang je trus amek satu la 2...haha

Masing2 susun RXZ masing2 sblm tido..parking baik2 weyhh..kunci elok2..karang tau2 esok tinggal 10 bijik je dr 12 bijik..hahaha..

RXZ
Parking dulu sebelum gerak blk..hahaha :D


Selamat motor ak hilang..kalau x mesti motor ak plg menyerlah! tgu la BKL *** ak keluar...hahaha

JDC =)

Selamat Tinggal Pangkor...Insyallah ada masa kami datang la jln2 kt sana lg..hehe =)

Balik2 je kami lepak kt Satay Kajang plak...mmg best la konvoi kami kali nie...Insyallah Awal Tahun Depan TERENGGANU destinasi kami!! hahaha.. JDC akan kesana..Gambate!

Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner