Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Sunday, January 9, 2011

j e j a k k a k i d i u i t m

Alhamdulillah..

Org lain dok pulun masuk UiTM awal2 aku je dok relex kt rumah seminggu baru masuk..hahaha.. (sbnrnya aku sgt la malas dgn keadaan kelas pun buat kat mane2 tempat ntah)~

10.Januari.2011.Baru hari ni lah aku menjejakkan kaki kt faculty terbaik aku! dgn slamber aku dok tido mcm org x de kelas esoknya.. hahahaha.. padahal mmg aku slalu je tido lambat~

AJL25?? *pesal tiba2 aku dok masuk crita pasal AJL lak ni? haha..

Cayalah BLACK & M.U.H dpt no 2..kira ok la 2.. maap la ye et sbb pilihan ko 2 sekadar menang persembahan terbaik~ hakhak..tp kire ok la 2..ada menang gak..umm...tapi........


KENAPA ANA RAFFALI BLEH JUARA?? hahahahaha...


maap la ye ana..aku bukan x suke ko cuma x suke keputusan juri..adoyaii..sape lah dok undi dia 2... wat malu AJL je pilih juara yg sorg pun langsung x jangkakan.. bosan2~

ok dah..crita AJL abis da..klu nak crita bleh sambung tahun depannya pulak.. :D

sambung blk crita pasal aku.. sambil² aku dok update BLOG ni.. sedar x sedar da mendung da..jup lg mesti hujan..klu hujan mesti rasa mengantuk..lepas ngantuk mesti rasa nak baring..lepas da baring mesti nak tertido..lepas tido mesti dapat mimpi..lepas mimpi??~

aku dok merapek ape lagi woiit...TIDO la ..ZzZZz

Saturday, December 25, 2010

Terkenang...

Berlinangan air mata ini mengenangkan dikau wahai SAHABAT.. dengan tiba2 air mata ini mengalir membasahi pipi pabila melihat video dikau sebagai SAHABAT GURUku.. Semoga Dipermudahkan segalanya di sana...

Monday, December 20, 2010

Buat SAHABATku Dunia Akhirat


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu

Kasih ibu bawa ka SYURGA

...Kepada yang masih ada ibu......


ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya

untuk shopping bersamanya kerana dia

menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya

sebenarnya tidak suka pergi membeli belah

bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah

orang yang sabar, tetapi walaupun demikian

kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang

menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya

mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan

mengembalikan semuanya. Seiring hari yang

berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas

riak2 kecewa di wajah ibu.


Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi,

ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk

kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu

saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu

mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah

mencuba untuk mengenakannya. Ternyata

tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh

penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat

melakukannya, seketika ketidaksabaran saya

digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam

kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba

menyembunyikan air mata yang keluar tanpa

saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan

lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk

membantu ibu mengenakan pakaiannya.


Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.

Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian

tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari

ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya

tetap saja kembali pada saat berada di dalam

fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu

saya yang sedang berusaha mengenakan

pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan

kasih, yang pernah menyuapi, memandikan

saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk

saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,

sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya

dengan cara yang paling berbekas dalam hati

saya. Kemudian pada malam harinya saya

pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,

lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,

saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua

tangan tersebut adalah tangan yang paling

indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa

Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan

sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya

kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari

kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki

keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki

banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang

begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat

menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother


"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN,

AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA"

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.

Dan lakukanlah yang terbaik untuknya........

Friday, December 17, 2010

Ape Faedahnya??


Saya GAY, Saya OK!??

Pertama kali melihat video ni memang tak di nafikan rasa kesian timbul dari hati ni kerana ada org yg mengatakan x salah utk menjadi GAY lebih2 lagi anak melayu...

Dari pandangan sy berdasarkan video ni menampakkan "misunderstanding" tentang kata2 dari salah satu novel oleh Shahnon Ahmad iaitu ayat yg berbunyi "kenali DIRI kenali SEGALA".. kalau diikutkan sebenarnya kata2 tersebut ada kait mengait tentang AGAMA tetapi disebabkan orang2 yg lemah dalam tafsiran yg begitu seni maka terjadilah tafsiran2 yg sangat bercanggah dan lari dari maksud sebenar oleh Si Pentafsir tersebut....

Disebabkan tafsiran yg sangat lari dari maksud sbnr maka segala huraian dan tujuan hidupnya pun bercanggah dari jalan yg sebenar.. Seperti dalam Mukjizat terbesar Rasulullah (Al-Quran) telah menyebut :-

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahka kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas". Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A'ara



Apa la bezanya BERANI untuk perkara yg dah terang SALAH di sisi AGAMA.. Berpegang pada benda yg sangat LARI dari JALAN yg BENAR.

"Ada mata tapi seperti org buta"
"Ada telinga tapi seperti org pekak"
"Ada mulut tapi seperti org bisu"

Semoga beliau dibukakan HATInya dan ditunjukkan jalan KEBENARAN dalam AGAMA ISLAM yg Suci ini.




Sunday, December 12, 2010

Selamat Tinggal SAHABAT

>Hari Terakhir.......


Tanggal 23 November 2011 merupakan hari yg x kan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.... Hari yg tak sangka aku terpaksa menerima berita yg memang x dapat dielakkan oleh setiap insan....
Pada pagi selasa yg tak berapa redup dan panas tersebut bermulalah hari yg tidak kusangkakan hari terakhir bersama arwah Mazlan Sadini atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wak Mazlan..
Pada sekitar 11 pg aku dan salah seorang sahabat aku pergi ke rumah arwah utk membawa beliau berubat di sekitar Shah alam.. Kesakitan yg dialaminya hampir 5 tahun tersebut memang amat berat dan perit utk dilalui oleh seseorang.. Tidak pernah mengeluh sesekali pun pada aku dan sahabat lain tentang kesakitan yg dialami kerana memahami segalanya dugaan datang dariNYA.

Setelah tibanya ke tempat perubatan tersebut utk ikhtiar kami semoga beliau cepat sembuh dan kembali seperti kesihatan sedia kala..memang aku sangat² rapat dengan beliau semasa hidupnya dan menanggapnya seperti BAPA dan SAHABAT ku sendiri kerana dia byk mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.. menunjukkan jalan yg selama ini aku cari.. Terlalu rapat sehinggakan aku seperti sebahagian keluarganya sendiri.. Hanya mampu terduduk di kerusi roda beliau tanpa ada kudrat utk berdiri dan x bertenaga..beliau mengajak aku masuk ke tempat perubatan utk melihat sendiri bagai mana cara mereka berubat.. semasa berubat tiba2 mata yg berlinangan dgn ari mata tersebut mengalirkan air mata hingga jatuh keatas baju beliau.. itulah kali pertama aku melihat SAHABATmengalirkan air mata...Betapa hati ku ini merasakan kesakitan yg dialami memang sangat sakit utk ditahan lagi...

Pulangnya dari berubat terus beliau mengajak kami utk makan... maka kami makan di satu kedai sambil berborak panjang seperti hari biasa bila kami lepak minum bersama..semasa beliau berborak terlihat aku tangannya mengigil seperti org "seram sejuk"...hurmm.. ku x pikir bukan² dan hanya meng"ingnore"kan sahaja apa² yg terlintas di dalam kepala ni... semasa rancak berborak tiba2 beliau berpeluh dgn agak byk di bahagian atas sedikit pada dada lbih kurang area lehernya... ku sambut tisu yg beliau pegang utk mengelapkan lehernya... hati ku mula berfikir benda yg x ingin aku fikirkan...hummm....semasa di dalam kereta terlihat beliau agak susah menarik nafas seolah2 org tgh sesak nafas..aku bertanyakan padanya samada sakit dada? tapi beliau hanya berkata letih sgt hari ni..x sakit dada.."balik nanti mesti aku flat~" (tido mcm org yg terlalu letih)..memang beliau x tido dari subuh pada hari itu..

Akhirnya tiba masa utk kami menghantarkan beliau kembali ke rumah dalam sekitar 3 ptg... tapi di minta oleh beliau utk singgah di kedai mamak utk membeli makanan utk anak2 beliau.. Akhirnya tiba juga di rumah beliau dalam sekitar 3.30 ptg... seperti biasa sebelum pulang kami berborak2 sebentar.. sebelum aku pulang aku bersalam dengan beliau dan tergerak hati ini utk peluk dgn beliau sambil membisikkan di telinga harapan ku dan doaku... Kami terus pulang kerumah..

Sekitar jam 4.30 ptg aku dapat panggilan dari Isteri beliau yg bertanyakan bagaimana dengan berubat pg td..aku menjawab shj yg belum buat rawatan betul2 lagi sebab minggu depan baru buat rawatan yg sbnr..Isterinya kata Wak tak menyahut2 n kejut2kan pun x terjaga... terus aku teringat kata2 wak yg beliau kata balik tadi dia kata mmg letih sgt..nak tido... Isterinya membalas yg bibir wak dah pucat2 dan bertanyakan berapa no ambulans... aku dah terasa x sedap hati masa tersebut..terus aku dan sahabat2 lain pergi ke rumah beliau...semasa perjalanan dalam hati ini mmg terasa mcm2 yg susah nak di describe...

hampir jam 5.15 ptg kami tiba di depan rumahnya, hati ini seolah2 hancur apabila melihat beberapa org jirannya berdiri di depan pintu beliau...ada yg memakai kupiah dan ada yg sudah menangis2 di luar rumahnya... sedang kami yg tgh berborak semasa perjalan ke rumah beliau terus terkaku membisu bila melalui lorong rumahnya...hurm.....

Terus ku melangkah masuk ke dalam rumahnya dan kulihat sekujur tubuh terbaring sambil ditutupi oleh kain.....mulutku kaku melihat SAHABAT ku sudah pergi meninggalkan ku... luluh hati ini melihat keadaan ketika tu... terus aku dan kawan2 lain menyampai berita yg sangat berat utk disampaikan kepada rakan2 dan sahabat2 lain... ada yg hampir x percaya dgn berita tersebut dan ada yg berkata kami hanya membuat jenaka...hurmmm....

Akhirnya sedikit demi sedikit kawan2 dan sahabat2 arwah datang utk menziarahi utk kali terakhir masa hayatnya di atas muka bumi ini....

Tergeraknya aku atas izinNYA untuk lebih kerap berjumpa dan menemani beliau dalam seminggu terakhir merupakan detik² terakhir bersama beliau dan keizinan utk ditunjukkan tanda2 terakhir hayat hidupnya... Rezeki ku dapat berdamping dgn beliau sebelum beliau pergi"....
Selamat Tinggal SAHABAT...tidak ada apa yg dapat ku bantu hanya dengan air mata doa buatmu yg berada di sana~ Semoga engkau cucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al-Fatihah..

Saturday, December 11, 2010

Semua berblogger da? haha

Sedar x sedar lama btol da aku ni x update blog ni atas sebab2 x dapat di elakkan... lpas bermacam2 dugaan yg terpaksa ditempuhi baru la dapat aku duduk dpn pc ni dan menaip sdikit coretan2 dari kisah aku utk dikongsi... nantikan antara kisah2nya pd posting yg akan datang :D

p/s : gile la kawan2 aku dah cebur dr utk berbloging :D ..mane bleh kalah..hahaha

Monday, March 15, 2010

Cerita Lawak 2

Salah Pendengaran


Ajoi pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu
berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Ajoi pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Ajoi yg pekak!!!! Hua hua hua





Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"





Kenapa tak ketawa


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.


Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.


Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.


" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.


"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.


"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.


"Tidak..", jawab wanita itu.


"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.





Tunggu anak

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven







Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit
berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar
ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !"




Senyumlah selalu

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Friday, January 8, 2010

Lawak Di Hujung Minggu =)

Lawak sengal 1
serah pada yang atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!


Lawak sengal 2
Bila besar nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Lawak sengal 3
Beristeri tiga

"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...."
jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....


Burung Kakak Tua

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



Pak Pandir Beli TV

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Thursday, December 17, 2009

LEVEL 4 DUNIA BISNES ONLINE



Salam semua...Level 4 merupakan lever terakhir dalam
CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER...sedar tak sedar ini merupakan cabaran penamat untuk cabaran yg selama ini aku tunggu utk tamat..hehe..so, dalam cabaran ini aku dikehendaki :-


TUGASAN
Anda dikehendaki membuat artikel mengenai
mana-mana jutawan internet seluruh dunia.
Matlamat artikel ini ialah untuk memberikan inspirasi
kepada diri sendiri dan juga pembaca.


MARKAH
Komen yang anda terima untuk artikel ini akan dikira sebagai markah.
1 Pengkomen = 1 Markah

Disini aku akan membuat artikel mengenai seorang jutawan ANAK MELAYU yang terkenal dengan "MONEY ONLINE TRADING" iaitu "FOREX" ..beliau yang bernama MOHD NASIR BIN HAJI YAACOB ..Beliau sekarang 100% menumpu pada pekerjaan "FOREX"nya selepas dia sendiri berpuas hati dengan hasil yg sangat berbaloi berbanding dengan pekerjaannya sebelum ini..

Antara kata2nya....

MOHD NASIR BIN HAJI YAACOB
Trader/Investor
Full Time FOREX & Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE)

Sahabat sekelian,

Forex sungguh hebat kuasanya (powerful) dalam menjana pendapatan yang sebelum ini tidak terfikir oleh kita. Dagangan forex dibuka 24jam sehari tanpa henti dan jumlah dagangan pula melebihi USD$2.5 trillion setiap hari- suatu jumlah yang cukup besar untuk mengkayakan semua orang termasuk anda dan saya. Jika saya dan anda mengambil RM10,000 setiap hari pun, takkan luak. Warrent Buffet juga mengakui kuasa yang ada pada forex yang beliau sifatkan sebagai senjata kekayaan terhebat di dunia.
Dengan kecanggihan internet, urusniaga forex menjadi sangat mudah. Anda hanya perlu komputer & internet saja. Dengan hanya membuat beberapa "click" sahaja, anda mampu menjana pendapatan bulanan yang jauh melebihi pendapatan tahunan anda sekarang. Buktinya, transaksi 2 hari forex saya di atas telahpun menjana RM$41,300 dan jika dicampurkan pendapatan 3 hari forex saya, telahpun mencecah RM52,000 ....sama dengan setahun gaji saya dahulu
Yang bestnya, pendapatan 2 hari seperti yang ditunjukkan di atas itu, saya diperolehi dengan hanya membuat 11 "click" (11 position) sahaja di depan laptop saya. Sungguh mudah tapi hasilnya sama seperti bekerja di pejabat selama setahun. WOW!!! Inilah kuasa yang ada pada forex. Work smart,not hard.

KLIK DI BANNER UNTUK MENGETAHUI KISAH DAN RAHSIANYA DENGAN LEBIH LANJUT

*aku sendiri dan beberapa kawan lain mmg dah cuba "PENANGAN FOREX" ni..memang terdiam ktorang dengan beberapa trade untuk transaksi mini je bleh dapat RM 300- 900 sehari senang2...aku x tipu..lgpown ak konsgi benda ni sbb x habis duit dlm forex ni mcm MOHD NASIR juga berkata...Dia berkongsi rahsia ini untuk menolong orang..anggaran aku td bermain secara safety bak kata org..kalau labur tinggi lebih dari pada 2 pon bleh dapat...Insyallah =)

Monday, December 14, 2009

BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA


Salam semua...Sedar tak sedar dah masuk LEVEL 3 CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER...Alhamdulillah dan Syukur atas kerjasama yg setia melawat blog aku ni tak kire dari mane pelusuk kedatangannya sentiasa di sambut dengan baik...Sekarang dah bermula cabaran yang ke-3..COME SUPPORT ME!! :D thanx sgt2 kt korang smua.

Apa yang menarik mengenai blog aku?
Blog aku ni memang 100% aku yang update dan buat sendiri dari awal sampai la sekarang...Alhamdulillah Segala penat lelah aku dalam usaha nak buat blog sendiri berhasil jgak tanpa bimbingan siapa²....Aku yakin aku boleh buat... :D
1. Istimewa dalam blog aku ni adalah perkongsian cerita dan pertanyaan dari aspek "kehidupan". Semua orang lalui proses ini yakni dalam kehidupan seharian pasti ada benda atau pertanyaan yang kadang² kita bertanya pada diri sendiri tapi masih tidak dapat jawapan yang memuaskan diri..Sebab tu, dalam blog ni Segala pertanyaan dan perkongsian cerita sentiasa dibuka bersama supaya masing² dapat cerita atau pengalaman dari cerita atau dari kisah orang lain...

2. Aku selitkan sedikit tentang isu terkini yang berkait rapat dengan agama dan memasukkan doa² dan selawat teratas pilihan yang baik untuk dikongsi sesama ahli dan saudara se-islam yg lain.

3. Ruangan Chatting aku sentiasa riuh dengan rakan² yang mengunjung sambil bertanyakan sesuatu dan kadang² ada yang mahu bertanyaan soalan yang agak "personal" sebab itu aku ada ruangan chat untuk Yahoo Messenger.

4. Surat Khabar Online tuu! hahaha...Sekarang korang dapat jimat duit dari membeli surat khabar diluar kerana dengan hanya 1 klik, korang semua bleh melayari senarai akhbar utama dari blog aku :D

5. Di bahagian top left terdapat SPECIAL AWARD dari aku untuk semua pelawat istimewa yang sangat aku berterima kasih atas kesudian melawat blog aku ni..sebagai balasan korang semua boleh "grab" Award 2 ke halaman blog masing2.. =)


Kenapakah aku menyusun kedudukan blog seperti sekarang?
Disebabkan blog aku ni agak meriah dengan flash animasi dan post yang penuh dengan gambar, aku susun dengan keadaan yang boleh membuatkan para pengunjung aku mudah untuk mencari sebarang post atau pilihan yang tepat dalam ruangan blog aku.. tak nak aku serabutkan kepala para pengunjung² aku semua..Aku sentiasa mengemas blog ini mengikut kesesuaian para pengunjung dan komen2 yang bernas dari pengunjung aku turut ikut dengan sebaik mungkin :) .Dengan semua susunan yang elok dan tepat ni boleh menaikkan minat pengunjung blog aku untuk stay lebih lama dan dapat membaca post² yang terbaru dengan mudah :D


Apakah konsep blog aku?
Konsep blog aku adalah berkonsepkan "kelembutan" dan informasi yang menarik..apa yang kelembutannya? haha... dalam blog aku ni seperti yang korang tgk korang da nampak yang aku memang menggunakan warna background yang agak redup mata memandang.."soft colour"..sesuai dengan post² yang aku ingin sampaikan seperti bab² agama, isu kehidupan dan perjalan kehidupan aku sendiri sebagai hamba yang lemah ini...konsep kelembutan ini memang sesuai bagi seseorang yang dalam keadaan yang agak marah atau sedih untuk melawat blog aku ini..agar terbuka sedikit hati diorang ini tentang kehidupan seharian..ape sebab dan asbab yang terjadi...*melalut da aku ni :P


Adakah aku inginkan Trafik?
Memang aku inginkan trafik yang tinggi dan baik...Supaya sentiasa ramai dengan pengunjung dan ahli² yang baru dapat bersama² kongsi ilmu² yang baik didalam blog aku ni...Dapat meramaikan saudara, kawan, ilmu serta perkongsian yang bernas :D


Apakah perancangan blog aku masa depan?
Aku nak pastikan blog aku ini sentiasa ade pengunjung setiap hari dan kalau boleh makin naik hari demi hari..So dalam masa yang sama segala ilmu yang aku ada boleh dikongsi bersama didalam blog..dapat jgak aku tolong org..Nak pastikan blog aku ni nampak lebih interaktif dan inovatif selaras dengan cos yang aku amik sekarang sebagai designer :P selagi apa yang aku boleh sumbangkan untuk semua Insyallah aku akan cuba :D


Adakah blog aku berat dan bagaimana aku nak atasinya?
Memang tak dinafikan blog aku agak berat disebabkan gadjet dan flash² yang terdapat didalam blog kesayangan aku ni..haha..tapi kadang² aku akan meletakkan diri aku sebagai orang luar yang melawat blog aku ni sebagai cara untuk aku sendiri comment tentang prestasi dan cara aku susun blog...kadang² jgak member² aku pown tolong skali kot2 klu ade orang lain masuk memakan masa yang lama untuk "loading" ..Tp Alhamdulillah kebanyakan pengunjung yang aku tanya semua mengatakan blog ak OK! terbaik...banyak informasi yang menarik untuk dikongsi =) thanx la korang smua...kalau ada sebarang kritakan boleh la di perbetulkan untuk kebaikan masa yang akan datang.

Cabaran ini dibawa oleh :-

Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner