Selamat Datang Ke Blog Kehidupan...Sebarang idea, cerita atau pertanyaan bolehlah dikongsi bersama di dlm ruangan chat..thanx to all visitor

Pages

Friday, May 29, 2009


Assalamualaikum wbt.

Allah Swt berfirman :
Al-Ikhlas itu adalah salah satu dari rahasia-rahasia-Ku,
yang telah Aku titipkan ke dalam hati
orang yang Aku cintai dari hamba-hamba-Ku.
(Hadits Qudsi, Bihar al-Anwar 70 : 249)

"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah
rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu
dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia
adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas
menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya
tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi
nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya
ikhlas..."

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya
tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan
tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang
mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa
yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang
empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,
Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga
diterima Allah.

ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur
jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila
sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis
lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca
Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum,
ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!
erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau
nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau
terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang
tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,
hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik
khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang
selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama
yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di
depan orang, forum, upacara memberi hadiah -
lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu
hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,
selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin
popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh
hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak
seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis
kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,
hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah
ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum
berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang
yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu
berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada
yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi
kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga
aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada
pula yang menangis."

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang
rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam
kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga
ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub
hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari
dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah
itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.
Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh
itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah
semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu,
bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari
Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk
mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa
sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan
Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq
Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam
dimalam yang sgt gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam
rahsia Allah
Nota Dari Istana : Tag ini perihal yang berlaku sekarang..

1. Apa perasaan anda sekarang?
**happy kot..n kdg2 sedih ngn keadaan khidupan...

2. Saya nak makan?
**Nak makan pizza hut lak..Hawaiian chicken, Super supreme..hrp je keje kt pizzahut company~~

3. Saya tak suka..
** Tak ikhlas..*nak describe ikhlas nie bukannya senang..terpulang pd kfahaman individu msg2

4. Impian saya..
** Dipermudahkan segala kerja dan selamat di dunia dan di akhirat =)

5. Haiwan yang saya tak suka..
** pacat , lintah..geli laa~ haihh..tp ble kene relex lak..x tkt pape pown..plek2 :D

6. Saya harapkan..
**Semua org bersyukur ats semua kurniaanNYA..

7. Jika boleh putarkan masa..
** Tak kan ulangi kesalahan yg pernah berlaku..tp 2 la..smuanya fantasy shj

8. Saya pada 10 tahun akan datang??
** klu dipanjangkan umur, Insyallah nak ader business sndri yg berjaya n ad fmly yg bhagia,slmt dan sentiasa diberkatinya..jd insan yg berguna utk semua lg2 pd agama =)

9. Handphone saya adalah sebuah..
** sebuah handphone la...hehe, pakai HTC touch n Motorola V3x, n ader lg 2 nset kt laci x pakai da..hehe.x ckup simcard.

10. Saya pernah bercinta sebanyak..
** 1, then dgn ehem2 kali ke dua..then dgn dia lak kli ke 3..haa, lpe plak yg sorg lg 2..tu yang ke 4 rasanya..next masa blaja ade sorg 2 pulak..5 dah..then...ermmm..lupe lak la..hahahaha!

11. Saya suka pada..
**Keikhlasan dan Ikhsan

12. Kawan-kawan saya..
** Alhamdulillah, semuanya baik2 je..kkdg bersatu jd kepala gile..but all my frend SUPERB! haha..

13. Pernah dkhianati??
** Mustahil la x pernah..tp ni la namanya kehidupan~~ blaja segalanya

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
** Selagi boleh berbincang cuba la berbincang..klu mmg jnis x mkn saman, nnt suruh polis atau JPJ saman dia..hehe..tp klu keadaan dah menyukarkan, berdoalah semoga terbuka hatinya agar sedar akan kesalahannya dan bertaubat la... =)

15. Senaraikan mereka yang ingin anda tag semula..
** Siapa yang baca, sila amik tag ni.. * aku pown terbaca tag si flora nie..klu ak tau soalan no 15 ni x mau baca..hahaha :P

Kerja :D


Alhamdulillah, akhirnya dpt gak ak kerja :D

bekerjalah aku kt SCS pizza hut di PJ ..heh, keje jd operator telifon angkat order je...tp best arr kejenya...relex je dok dlm aircond n ngadap komputer...tp biasa la keje ngan customer ni mcm2 ragamnya..ader yg ok, best la..kene ngan customer yg mcm perangai jin* plek2 la mintaknya..haha..ntah mane menu dia tgk boleh lak order kt pizza..tgk dominos pizza then order kt pizza hut..hakhakhak..pening kpala ak layan customer2 maniac ni :P

dah 5 hari ak bekerja kt sane..3 hari pertama latihan utk dapatkan ID log in..dh macam belajar dahh..kene ader jwb soalan dlm kertas la...then ader test la amek order dr customer..huhuu..mula2 amek order tergagap2..biasa la..nrves sbb baru first time..tp ak heran sbb senior2 yg lain siap bleh baca komik la, bca paper la, novel la..main game kt nset la..main msg la..tp relex gak bleh amek order..mmg senior btol diorang 2..haha..tp ak bakal kot mcm 2...so 1st day dpt id n amek order dr customer semuanya baik..cuma ader la skit2 tersalah tekan button kt keyboard 2..keyboard pown jnis lain..ak lak da biasa keyboard jnis normal nie..heh, tp biasa la kan..kata baru masuk..adik2 junior mane la pandai :O

Hope kerja ni dpt gak la ak buat duit utk membeli brg2 ak yg telah hilang especially motor ksygan ak..haihhh..mmbe2 semua da cdg nk g konvoi tgh bulan 6 nie..tp mcm x dpt pg je =( ..alamatnya tgu hjung tahun la..insyallah ad da kot moto lain.. :D

ok la..ak nak g keje nie..dah la motor byk btol kt jln moto stiap kali ak nak g keje..dah mcm cup prix da dok selit2 motor2 lain semua..karang tau2 selit kt tpi longkang pape pown x dpt..hahahaha..okkie, take care ya..

P/S : korang sumua rajin2 la order pizza ye..masyuk gak gaji ak nanti..dpt bantu ak nie..hehe
hotline no : 1-300-88-2525 *promote pizza tuu..hehe~~

Sunday, May 24, 2009

Tagged =)

1)Bekas kekasih saya adalah..
Ex-gf sy la..haha.. :P

2)Saya sedang mendengar..
Bunyik kartun Tom&Jerry kat Tv3..adik sy dok pasang..hehe

3)Mungkin saya patut..
Patut pk mcm mane nak dapatkan duit utk beli moto baru..huhu

4)Saya suka..
Pk tentang kejadian akan sesuatu..

5)Sahabat-sahabat saya...
Semua kepala gilak..haha..tp all Superb..i like all my frendz

6)Saya tak paham..
Having campaign Tak Nak Merokok but then still jual.. Nonsense! * ikut effa je la..btol gak bende nie ) :P

7)Saya kehilangan..
motor RXZ kesayangan ku..pakai x smpi sebulan..huhu..bwk g tmpt blajar x smpi sminggu dah hilang..

8)Ramai yang berkata..
Ko dari mana tam? *(sy ni selalu keluar jalan2..so ramai le peminat2 yg dok menanyakan soalan ini..hehe)

10)Cinta itu adalah..
Keikhlasan dalam memenuhi akan segalanya =) *( plek x bnyiknya? )

11)Di suatu tempat, seseorang sedang..
Kelaparan, kesejukan, kedaifan....... bersyukurlah! *( amek ayat effa lg..haha..dah dia yg sruh jwb soalan nie..jwb je la :P )

12)Saya akan cuba..
buat akan sesuatu dengan semampu yg mungkin dan seikhlas hati sy..

13)Ayat SELAMANYA membawa maksud..
Dalam kamus FAZLY muka surat 771, SELAMANYA bermaksud sesuatu benda,perkara atau apa2 jua keadaan yang menjadikan ia KEKAL...maksud kekal pula dalam kamus FAZLY bla bla bla... *( kamus sy ader jual tau :P)

14)Telefon bimbit saya..
Harap je nphone mahal..HTC touch..tp letih la lame2 dok pakai touch screen.. huhu

15)Bile saya terjaga..
bukak mate...tau2 tengah hari da..hahahahaha :D ..mana xnya..lpas subuh baru tido..

16)Saya paling meluat..
bila sumone that can't accept other people opinion..x ikhlas..x itu la..x ini la..haha..tak tik tuk.. :P

17)Pesta/parti adalah..
parti kureng* ckit bg sy nie..hehe

18)Haiwan yang paling comel penah saya temui..
kucin...tp da lupe la comel die mcm mane..hehe

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah..
Sweet 17teen..

20)Hari ini..
Panas la...so kami semua pergi bermandi manda di sg.pisang..nggeee :D

21)Malam ini saya akan..
hangout with my frendz yg bleh mmberikan faedah2 kpd kami =)

22)Esok pula saya akan..
Tak pasti lg la..penat sbnrnya skrg.. baru blk bermandi manda :D

23)Saya betul2 inginkan..
Dapat mengenali sbnr2 diri..

24)Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
x hensem2 pown..haha

25)Pusat membeli belah atau arked permainan..
semua shopping complex area shah alam,klang,kl.. :D

26)Makanan barat atau jepun..
makanan Asia la..barat n jepun kureng2* :P

27)Bilik yang terang atau gelap..
Gelap..baru best~~ :P

28)Makanan segera adalah..
Makanan yg mkn dgn kadar segera..hahaha..bli2 je trus mkn..x bleh bwk blk rumah..hahahaha

29)Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
Thanx 4 da great time (^_^)

30)Siapa yang anda ingin tag..
Semua kawan yang da baca sy punye ni la ..jwb lak korang! :D

Saturday, May 23, 2009

Selamat Datang!!! - Apa itu ELECTRO CLUSTERED PI WATER? (ECPI)




Air ECPI ialah air gelombang/tenaga yg tidak mengandungi bahan kimia, dadah atau bahan pengawet.

Kegunaannya ialah memberi tenaga, meransang sel sel badan, menjaga sistem badan, mengesan punca penyakit dan juga merawat pada punca. Bila punca penyakit ditemui dan dirawat, penyakit tidak akan datang berulang ulang kali seperti yang kita biasa alami selama ini.

Air ecpi mengandungi lebih
1732 jenis elemen PERUBATAN, TERAPI dan RAWATAN untuk tubuh badan kita.

Kegunaan dan khasiat air ECPI merangkumi hampir ke semua jenis penyakit penyakit yang kronik atau ringan. Ia mampu memberi tenaga kepada tubuh badan manusia. Hampir segala jenis produk dan rawatan kesihatan yang berada di pasaran masa ini, yang berkesan dan diperlukan oleh pengguna sudah di masukkan ke dlm air ecpi di dlm bentuk
gelombang atau tenaga.

Apabila teknik rawatan tersebut di cipta dengan bentuk tenaga/gelombang, ia akan lebih mudah memasuki sel sel badan kita untuk mengesan di mana sebenarnya PUNCA PENYAKIT. Kebiasaan kita mendapat rawatan hanya utk baik pada waktu itu, tetapi ia akan berulang ulang lagi berkali kali selagi tidak dirawat PUNCA penyakit.

Dengan teknik ini, badan akan lebih cepat dan mudah menerima kesan ransangan dan rawatan dan akan cepat memberi tindak balas terhadap proses penyembuhan tersebut, lantas sembuh pada puncanya. Bijak? Memang betul. :)


Air ecpi dicipta dgn kehalusan molekul airnya yang berukuran
0.001-0.004 mikron yang lebih halus dari teknologi NANO.

Ia dicipta khas utk memasuki, mengesan dan merawat sel-sel badan, termasuk sel-sel cancer dan segala jenis sel di dalam sistem badan manusia.

Ecpi mempunyai pH di antara
7.5-8.3 (alkali) yang memang sesuai dan diperlukan untuk tubuh bdan kita.

Air ecpi amat amat bertenaga, suci lagi halal dan juga amat baik untuk kesihatan tubuh badan fizikal dan emosional.

Di antara masalah2 yang biasa dihadapi :

1. Batu karang (buah pinggang / saluran kencing)
2. Migraine
3. Darah tinggi
4. Kencing manis
5. Apendiks
6. Saluran jantung tersumbat
7. Insomnia
8. Cancer (Stage0-4)
9. Masalah urat dan sendi
10.Darah pekat
11.Masalah mata
12.Emosi tak stabil
13.Ketidak seimbangan hormon
14.Masalah buah pinggang
15.Masalah kulit
16.Kurang selera makan
17.Masalah berat badan
18.Masalah perkumuhan dan penghadaman
19.Buang air besar/kecil tidak lawas
20.Sel sel mati atau rosak
21.Gila/kurang siuman


Ini antara masalah2 yang biasa dihadapi oleh kita. Terlalu banyak utk saya senaraikan di sini. Dan untuk pengetahuan semua, air ECPI boleh merawat apa saja jenis penyakit kecuali TUA dan MATI.


Semoga kita mendapat manfaat kebaikan dari anugerah Allah swt bersama.

Sabda Nabi :
Segala jenis penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lihat sendiri kesan air ECPI terhadap tubuh badan anda. Antaranya ialah:

  1. Bagi yang mempunyai masalah kencing manis, buatlah ujian bacaan gula dalam darah selepas sejam meminum air ECPI. Insyaallah bacaan gula anda akan menurun
  2. Melihat sendiri perubahan pada sympotom penyakit selepas meminum air. ECPI membantu untuk mengembalikan keseimbangan badan.
  3. Lihat kadar tenaga (energy level) sepanjang masa anda mengambil air ECPI. Anda akan dapati anda akan lebih bertenaga sepanjang hari.
  4. Jikalau terdapat gangguan makhluk halus, sapu kepala pesakit atau berikan ia minum air ECPI disamping membaca doa atau ayat - ayat suci Al Quran / selawat.
  5. Letakkan rokok di atas botol ECPI selama 15 - 20 minit. Insyaallah anda akan merasa perbezaan pada rokok tersebut.
  6. Bandingkan keadaan tapak tangan anda selepas meminum air ECPI. Tapak tangan anda akan menjadi lebih kemerahan berbanding sebelum anda minum air ECPI.
  7. Cuba cuci muka anda dengan air ECPI. Anda akan dapati kulit anda akan nampak lebih berseri dengan mengamalkan basuhan dengan air ini.
  8. Perhatikan selera anda dan berat badan anda sepanjang penggunaan air ini. Insyaallah berat badan anda akan menjadi lebih terkawal dengan penggunaan secara konsisten.

Minuman yang dirumus khas untuk membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh badan

Kelebihan ECPI WATER 
  • Mampu menembusi dinding 'intra cellular'
  • Mengimbangi 'electrolyte' yang diperlukan oleh badan
  • Merangsang kecergasan fizikal dan membantu mengatasi kelesuan dan keletihan
  • Mampu bertindak sebagai agen pengenyah toksin
  • Membantu mengatasi masalah berlebihan berat badan dan tekanan darah tinggi

Friday, May 22, 2009

Dimanakah engau wahai KERJA...

Minggu demi minggu...
Hari demi hari....
Jam demi jam....
minit demi minit...
detik demi detik....

aku dok tunggu je la kerja yg ak mohon skrg nie...heh..letih btol tgu kerja lame2...dah la ak dlm keadaan kesengkekan skrg nie...cadang nak kerja pown sbb nak bli moto 2ndhand ..klu disebabkan moto kesayangan ak x hilang lg sem ni mesti ak bleh ikut mmbe2 ak semua konvoi tgh bulan dpn...tp da bkn rezeki ak moto 2 hilang..payment utk bln pertama pown x smpt byr dah hilang..sadis sungguh... n skrg terpaksa la tgu ade duit nak dptkan moto lain plak...

ak harap ak dpt mane2 job cepat2 ckit...dpt gak kumpul buat duit bli moto..heh..klu x dpt, alamatnya mmg x dpt ikot la kot mmbe2 ak semua g konvoi..huhu

so, kepada KERJA ...cepat2 la panggil ak ni ha..hehe..dapat gak tlg ak ckit..papepown ak x lupe berdoa smoga segalanya dipermudahkan utkku..mungkin blom smpi masanya utk ak dapatkan moto baru..yg penting ak sentiasa berusaha yg terbaik..Insyallah =)

Wednesday, May 20, 2009

Dunia...



Dunia adalah penjara mukmin dan syurga bagi kaum kafir
Dari Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir." (HR.Muslim)

Dunia lebih hina dari bangkai kambing
Dari Jabir ra, Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah sungguh dunia ini lebih hina dalam pandangan Allah daripada bangkai kambing dalam pandangan kalian." (HR.Muslim)

Dunia ibarat sayap nyamuk
Sahl bin Sa'ad As Sa'idy ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Andai kata dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, niscaya tidak akan diberikannya kepada orang kafir meski seteguk air." (HR.Tirmidzi)

Dunia ini terlaknat kecuali zikrulllah
Dari Abu Hurairah ra, saya mendengar Rasulullah bersabda, "Ketahuilah bahawa dunia terkutuk, dan semua yang ada di dalamnya adalah terlaknat, kecuali zikrullah dan segala apa yang serupa dan sedarjat dengan itu, dan orang alim yang mengerti serta orang yang mempelajarinya." (HR. Tirmidzi)

Hiduplah di dunia laksana musafir
Ibnu Umar ra berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku sembari berkata, "Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang asing atau orang yang dalam perjalanan." Ibnu Umar sendiri berkata, "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah mengharapkan akan hidup sampai pagi. Dan jika engkau pada waktu pagi janganlah menantikan petang. Pergunakanlah masa sihat itu untuk bekal masa sakit, dan masa hidup untuk bekal kematian." (HR.Bukhari)

Zuhudlah terhadap dunia
Dari Abdul Abbas Sahl bin Sa'ad As Sa'idy ra. yang berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata, "Ya Rasulullah, tunjukkanlah suatu amal yang jika aku lakukan
maka aku dicintai Allah dan manusia." Nabi SAW menjawab, "Zuhudlah terhadap dunia, niscaya Allah akan mencintaimu dan zuhudlah kepada sesuatu yang dimiliki orang lain, niscaya setiap
orang akan mencintaimu." (HR. Ibnu Majah dan lainnya, hadis hasan)

Memandang orang yang berada di bawahnya
Dari Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Lihatlah orang yang lebih menderita yang berada di bawahmu, dan janganlah melihat orang yang ada di atasmu, kerana demikian itu lebih tepat, supaya orang tidak meremehkan nikmat kurnia Allah kepadamu." (HR. Bukhari-Muslim)

Siapkan bekal kematian
Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang cerdas adalah orang yang mengoreksi dirinya, dan mempersiapkan amal untuk bekal sesudah mati. Dan orang
bodoh adalah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah. (HR. Tirmidzi)


segala yang didunia hanya bersifat sementara...jagalah hati kita supaya tidak tersangkut dengan kemewahan dan keindahan dunia sehingga lupa akan kehidupan yang kekal selamanya..jangan rugikan masa kehidupan di dunia ini dengan benda yang sia2..

Guru Ohh Guru...



Monday, May 18, 2009

Musibah..

Sedang lena ak tertidur tiba2 je dikejutkan dgn satu panggilan dr kwn ak... ak pown bercakap le dgn suara relex ( konon2 tak tido la..heh ) rupa2nya ada berita yang agak malang bhw dua org dr kwn ak eksiden tgh pg td...ak baru je jmpa dgn diorang smlm lepas dr persembahan demo..diorang ni pekerja sambilan utk teater kt sana..so lpas demo je ktorang ni standard la dtg brjmpa tnya mcm mane demo ktorang ni..ok ke x? diaorang tu antara ahli2 baru kmi..memang syok la dia tgk...tapi x sangka dpt berita musibah ttg diorang yang eksiden masa blk dr kerja terakhir diorang kt istana budaya..baruuu je dpt gaji...blk2 je dah dapat musibah blk...tp smuanya tlah ditetapkan..x kan terjadi tanya izinNYA..baru dpt gaji dah tuhan tarik blk rezeki diorang...sorang kwn ak patah pergelangan tangan kiri n sorg lg byk lebam n berjahit agak byk..tp Alhamdulillah, smuanya masih keadaan baik..

ak harap kwn2 ak smua cepat sembuh n dpt mulakan blk life diorang mcm biasa..Insyallah..

"segala yang terjadi semuanya telah ditetapkan..tiada satu pun diluar kekuasaannya..takkan sesaat lambat atau cepat segala yang telah ditetapkannya..itulah Qada' dan Qadarnya...tiada benda yang dapat melepasi benteng takdir...kt sebagai hambanya perlulah redha atas segala yang terjadi..redha atas ujiannya..setiap apa yang terjadi ada hikmahnya..mungkin kita masih tidak nampak akan hikmahnya..tuhan tahu apa yang terbaik buat hambanya...cuma kt sebagai hambanya terlalu mengikut nafsu menghendakkan sesuatu walhal benda itu sebenarnya akan memberikan kesan yang tidak baik kepadanya sendiri..berusaha dan berserahlah kepadaNYA" insyallah

Sunday, May 17, 2009

cerita ceriti

Salam sahabat,

Ini lah kadang2 realiti kt sebagai makhluk tuhan...
masing2 ader perwatakannya tersendiri... 
(manusia di dlm ini bkn bermaksd kpd smua manusia..ia hanyalah utk menyedarkan ttg diri kt sndri sejauh mana pandangan kt tentang manusia..)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejap lagi lah, ngantuk lagi ni....zzzzzzzz


Manusia - Nak makanlah, lapar...
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payah la... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panas la skang nih, pakai yg short je ler!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii.

Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang beb, lantaklahh dia kan ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2 sendiri lah...

Manusia - Banyaknya dosa aku...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda lagi....rugila...

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, takde orang tahu...Jommmmm...

Manusia - Uuhhh? Letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Bro, rileks la dulu. Kalau tak sempat, leh qadha kan???

Tepuk dada, tanyalah iman =)
Kehidupan © 2008 Template by:
SkinCorner